Pengacara dan juruhebah radio terkenal Linda Onn akhirnya tampil berkongsi kisah duka kematian ibunya, Sa'diah Khamis, 79, pada 9 Mac lalu.

Lebih tiga minggu memendam kedukaan, kata Linda dia baru punyai kekuatan untuk berkongsi kisah perjalanan terakhirnya bersama ibu tercinta.

"Setelah 3 minggu berlalu, baru ada sedikit kekuatan untuk Linda post ni.

"Bu...Ibu takde sakit. Linda sangat jaga kesihatan ibu. Selama ni Linda takut kalau ibu sakit...ibu takde sakit jantung, kencing manis,darah tinggi atau buah pinggang, ibu tak sakit! Ibu sihat sungguh! Malah ibu lebih sihat, kuat dan aktif daripada Linda.

"Tapi nak dijadikan asbab. Tiba-tiba ibu mengadu sakit perut.

"Mudah sungguh ibu pergi bu...tak menderita lama. 2 minggu je ibu sakit. Lepas tu ibu pergi selamanya. Cepat sangat bu...Rasa macam mimpi. Linda masih terkejut. Masih tak percaya. Bu....Ibu pergi begitu mudah tapi Linda yang tinggal ni makan masa untuk terima ketiadaan ibu. Sakit bu...," luahnya menerusi entri di Instagram.



Linda turut berkongsi momen disorong Allahyarhamah ibunya ketika keluar dari hospital selepas bersalinkan anak sulungnya beberapa tahun lalu.

Tambah Linda, ibunya merupakan kekuatannya dan penasihat terbaiknya dalam merencanakan kehidupan.

"Bu...ibulah ibu, ibulah penasihat apa saja keputusan Linda, ibulah teman baik Linda, ibu yang beri kasih sayang suci dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan...ibu segala-galanya. Ibu tak pernah penat pesan dan nasihat Linda, bu. InshaAllah Linda pegang semua nasihat ibu.

"Terima kasih bu...kerana pilih untuk duduk serumah dengan Linda walaupun adik beradik lain berebut nak ibu. Banyak sungguh masa kita bersama bu..Alhamdulillah.

"Terima kasih bu...kerana pilih Linda untuk lihat ibu dinafas terakhir ibu.

"Terima kasih bu...kerana jaga Linda daripada kecil sampai sekarang.

"Terima kasih bu...kerana jaga Zara sejak lahir sampai usia 3 tahun dengan belaian kasih sayang.

"Maafkan Linda bu...

"Ibu tiada pengganti. Rindu ini tiada berpenghujung, bu," kongsi Linda lagi.