Masihkah anda ingat pada watak Ben dan Jody menerusi filem Filosofi Kopi yang diterbitkan pada 2015?

Jika anda menggemari watak yang diperankan oleh Chicco Jerikho (Ben) dan Rio Dewanto (Jody), pasti anda bakal menggemari naskhah Ben & Jodi yang kini menjadi buah mulut penggemar filem di Indonesia.

Nak tahu kenapa filem Ben & Jody ini begitu digemari ramai orang? Jom semak lima fakta ini:

1. Mengenang mendiang penyanyi Glenn Fredly



Chicco Jerikho pernah membicarakan yang idea awal pembikinan filem ini adalah berpunca daripada luahan hati mendiang Glenn Fredly yang tidak berpuas hati terhadap pembikinan filem aksi Hollywood. Disebabkan itu, Glenn mencetuskan idea menghasilkan filem aksi yang berisi dan mempunyai maksud tersendiri.

“Terus dia ajak bikin filem aksi yang harus ada isinya. Harus stand for something,” ujar Chicco mengenang kembali perbualannya bersama mendiang.

2. Filem aksi pertama Visinema Pictures

Visinema Pictures kemudiannya merealisasikan idea tersebut sehingga muncul film aksi pertama mereka yang berjudul Ben & Jody. Produsernya, Cristian Imanuell memberitahu:

“Ben & Jody itu boleh diibaratkan seperti full course dinner yang dijadikan filem aksi. Kalau ditanya apa menu full course-nya? Saya boleh katakan, semuanya ada. Mulai daripada drama, pergaduhan, tembak-menembak sehinggalah adegan kejar mengejar menggunakan kereta," katanya.

3. Persahabatan Ben dan Jody dalam filem Filosofi Kopi

Kisah persahabatan Ben dan Jody menerusi Filosofi Kopi (2015) menyorot banyak perhatian penonton. Diarahkan oleh Angga Dwimas Sasongko, filem tersebut meraih banyak penghargaan, salah satunya adalah anugerah Penulis Skenario Adaptasi Terbaik di Festivial Film Indonesia 2015.

Dua tahun kemudian, film Filosofi Kopi 2: Ben & Jody juga meraih pengiktirafan menerusi kategori Pemeran Utama Pria Terpuji (Chicco Jerikho) di Festival Film Bandung 2017. Melihat pada kejayaan tersebut, tentu filem Ben & Jody menjanjikan hal yang menarik. Apatah lagi naskhah ini mempunyai genre aksi segar daripada Visinema Pictures.

4. Pelakon-pelakon gred A



Selain Chicco Jerikho dan Rio Dewanto, pelakon-pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuklah Yayan Ruhian, Hana Prinantina, Arswendi Nasution, Luna Maya, Muzakki Ramdhan dan Aghniny Haque.

5. Set penggambaran persis perkampungan kecil

Jika anda telah menonton trailer filem ini, pasti anda sudah melihat sebuah perkampungan bernama Wanareja iaitu tempat tinggal Tambora (Aghniny Haque), Musang (Muzakki Ramdhan) dan Rinjani (Hana Prinantina).

Siapa sangka, perkampungan tersebut merupakan set semata-mata dan di bina di atas tanah kosong untuk keperluan penggambaran filem Ben & Jody. Kalau dilihat, ia mirip perkampungan sebenar.

Penggemar watak Ben dan Jody, pasti anda sudah tidak sabar untuk saksikan filem ini bukan?



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​