Bagaikan mimpi ngeri buat pelakon Datin Elvina Mohamad apabila sesi live Instagram (IG) bersama dua rakannya diceroboh individu gila seks yang tanpa segan silu menunjukkan kemaluannya di hadapan khalayak ramai.

Elvina berkata, dia yang masih trauma tidak sedikit pun menjangkakan kehadiran individu tidak diundang itu memandangkan sesi live tersebut hanya disertai mereka yang diterima masuk sahaja.

“Ya Allah, masih terkejut dengan apa yang terjadi.

“Seorang daripada rakan kami komen minta nak sertai live kami, jadi Zawa (rakan) pun terima permintaan dari dia.

“Tak sangka yang masuk adalah orang lain, individu yang tak bertanggungjawab yang ceroboh live kami dengan menunjukkan a** dia!” tulisnya di IG.

Susulan kejadian itu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini menasihatkan kepada pengguna IG agar berhati-hati ketika membuat live di platform tersebut.

“Jadi kepada sesiapa yang rajin buat live kebelakangan ini sila berjaga-jaga dan berhati-hati, sebab El dapat maklumat ini bukan kali pertama individu tersebut ceroboh live orang.

“Kepada individu yang tak bertanggungjawab tersebut, media sosial ini bukan tempat untuk melepaskan nafsu ya. Sila lah berhenti buat benda tidak senonoh itu! Engkau dah kenapa!” tulisnya lagi.

Situasi ‘ngeri’ itu turut mengundang pelbagai reaksi pengikut laman sosialnya.

“Laporkan biar kena tangkap yang tidak bertanggungjawab itu. Biadab betul la,” komen salah seorang pengikutnya.

“Sumpah scary macam ni!” luah salah seorang warga maya.

“Ramai dah kena macam ni time buat live,” kata salah seorang netizen.

A post shared by ELVINA MOHAMAD ? (@elvinamohamad)