Pempengaruh dan usahawan Aisyah Hijanah mendedahkan yang segala hasil titik peluh termasuk aset harta sepencarian yang diusahakan bersama suami, Alif Teega telah dipindah milik seratus peratus kepada dirinya.

Aset-aset tersebut termasuklah share perniagaan hijab, Hijanah; rumah, kereta dan aset lain.

“Betul, memang perempuan Tuhan jadikan lebih emosi berbanding lelaki. But never let your anger to destroy your intelligence. Jangan buat keputusan bila marah ataupun sedih, sebab itulah yg akan merosakkan semuanya. Sebab itu, Nabi SAW pun ada pesan, yang paling kuat dalam kalangan kita adalah yang mampu menahan marahnya.

BERITA TRENDING: Ramai Rasa Sayu Bila Izzah Menangis Ketika Bertemu Aisyah Hijanah

“Biiznillah, segala hasil titik peluh yang dibina from scratch bersama suami (aset harta sepencarian), telah dipindahkan 100 peratus kepada milik Aisyah termasuklah share Hijanah Official 100 peratus, rumah, kereta dan aset-aset yang lain.

“Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita. Secure your rights and your efforts. Catat semua aset bersama dan buat satu agreement khas. Kalau mampu hire lawyer, silakan. Pada awal mungkin kita akan blur, tapi bila kita cuba bertenang dan berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Don't give up too early,” tulisnya di platform TikTok.

Dalam pada itu, Aisyah berkata, perkongsian yang dibuat bukanlah bermaksud dirinya merupakan seorang yang tamak harta. Sebaliknya, ia sebagai jaminan buat dirinya dan juga anak-anak.

“Bagi wanita yang dipoligamikan, Aisyah harap posting kali ini membantu untuk anda semua. Poligami bukanlah perkara yang haram, tetapi tidaklah semua wanita boleh menerima. Always remember to secure yourself and the kids. Jangan terburu-buru untuk bercerai. Jaga kesucian hati kita. Sabar dan cuba bertenang dahulu. Be mindful of what's happening and how you encounter every single thing.

“Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi kita nak secure dan jaminan untuk diri serta anak-anak. Sentiasa minta Allah beri petunjuk dan cari jalan yang terbaik. You have to control your emotions and stay calm. If not, everything will ruin.

BERITA TRENDING: “Senyuman Aisyah Mampu Sakitkan Hati Fatin” - Abang Ipar Dakwa Fatin Umaidah Sengaja Sebarkan Voice Note Dan…

“Aisyah doakan agar mana-mana wanita yang dalam ujian sama diberi kekuatan dan ketenangan hidup bersama suami dan anak-anak. Semoga membantu. Terima kasih Alif Teega kerana kerjasama dengan baik dan beri kecukupan buat Aisyah dan anak-anak,” tutupnya.

Sumber: TikTok