Pelakon popular Hollywood, Keanu Reeves mendedahkan telah mempunyai teman wanita pada usian 55 tahun.

Memetik laporan Mail Online, wanita tersebut adalah rakan perniagaan Keanu yang bernama Alexandra Grant, 46.

Pasangan ini kelihatan mesra berpegangan tangan di sebuah acara anjuran jenama fesyen Gucci di Los Angeles baru-baru ini.

Keanu tidak pernah menjalinkan hubungan secara serius dengan mana-mana wanita selepas berpisah dengan pasangannya, mendiang Jennifer Syme yang meninggal dunia pada tahun 2001 akibat kemalangan.

Sebelum ini, Keanu pernah digosipkan menjalinkan hubungan dengan pelakon Sandra Bullock dan Amanda De Cadenet.

Namun berita itu tidak mendapat kesahihan yang kukuh dari tuan empunya badan.

Sumber : dailymail.co.uk