Penyanyi, Shila Amzah menzahirkan rasa syukur kerana selamat melahirkan cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada Khamis.

Kongsi video momen bersalin


Menerusi akaun Instagramnya, Shila berkongsi video pendek merakamkan momen manis semasa dimasukkan ke hospital sehinggalah bersalin.

“Alhamdulillah bayi perempuan kami selamat dilahirkan, Rhea Akira dan saya selalu percaya dengab perancangan yang diaturkan Tuhan. Allahuakbar.

“Terima Kasih sayang kerana sentiasa berada disisi saya @ubaimz, awak telah menjadi papa yang baik buat Seth dan kini kita ada Rhea, lengkap empat ahli keluarga.


“Alhamdulillah terima kasih untuk semua doa. Semoga Allah merahmati kalian semua Sha Doakan semua yang TTC juga akhirnya ditiupkan benih zuriat didalam rahim kalian, AllahummaBarik,” tulisnya.

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

BERITA TRENDING: Ubai Syukur Shila Amzah Selamat Bersalin, Beri Nama Anak Rhea Akira - “Mesti Arwah Mak Happy”


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikkan melalui proses bersalin dan juga terhibur dengan gelagat suaminya yang lucu.

Antara komen yang diterima adalah:

"Hahaha dalam sedih ni ada je kalakarnya si Ubai ni. Terima kasih Ubai jaga Kak Sha penuh kasih sayang. Alhamdulillah, tahniah,"

"Cantiknya time dah nak bersalin pun, tahniah Shila dan Ubai,"

"Nak beranak, selepas beranak pun masih cantik Shila, tahniah korang,"


Untuk info, TTC atau ‘trying to conceive’ merupakan salah satu ikhtiar dalam kalangan pasangan berkahwin bagi mendapatkan zuriat.

Untuk rekod, Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos 2023 dan kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama.

Shila pernah bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais