Anak pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden Ahmad menerima pujian netizen selepas memakai jubah dan serban.

Menerusi entri di Instagram (IG), Noor Nabila berkongsi gambar terbaharu Jebat dengan gelagat yang comel.

"Ahlan wasalan ya haji. @jebatjayden," tulisnya.

Ahlan wasalan ya haji... @jebatjayden

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on


Rata-rata memuji kecomelan Jebat dan menggelarkan dia sebagai haji cilik serta mereka mengakui terhibur dengan gelagatnya.





Sharnaaz dan kakak kepada pelakon Neelofa itu berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 30 Ogos tahun lalu.