Alamak! Pakar Bimbang Risiko Kunjungi Bazar Ramadan? Takut Ramai Lupa Diri Ke Tu?
Selepas kecewa dengan ketiadaan bazar tahun lalu, mungkin ramai yang ‘membalas dendam’ memborong makanan dan juada berbuka puasa tahun ini.
Namun, tahukah anda pakar kesihatan awam melahirkan kebimbangannya mengenai risiko peningkatan kes COVID-19 pada bulan Ramadan?
Ia berikutan aktiviti berkumpulan yang mungkin berlaku ketika mengunjungi bazar Ramadan, keluarga dan rakan yang lebih kerap berkumpul untuk berbuka puasa bersama.
Perkara itu diluahkan oleh Pakar Kesihatan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh.
Jelasnya, trend peningkatan kes turut dikhuatiri akan berlaku di negeri yang berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Jumlah rakyat yang menerima vaksin di negeri PKPP masih rendah, jadi dikhuatiri wabak meningkat dan kesan penyakit dengan tahap keparahan yang teruk boleh berlaku.
“Bagi mengelak jangkitan semakin meningkat, aktiviti berkumpulan perlu dielakkan, selain kekal dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal.
"Rata-rata kes meningkat kerana tidak diketahui status, malah ada juga kes positif yang dikuarantin di rumah tetapi masih berlegar di luar rumah,” katanya.
Ditanya sama ada kebenaran untuk bazar Ramadan dan Aidilfitri perlu dibatalkan, beliau berkata keputusan itu akan menjejaskan perniagaan, terutama bagi peniaga kecil.
"Perniagaan itu boleh diteruskan.
“Namun dengan kawalan lebih ketat seperti menghadkan jumlah pengunjung di kedai atau gerai pada satu-satu masa mengikut keluasan premis serta menggalakkan pembelian secara bungkus," katanya.
Kenyataan tersebut dibuat oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan & Kesihatan, YB Dr. Izani Husin menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.