The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra, serta rakan rapat Ezurin, Magie Abang Saufi akan memasuki episod kesembilan malam ini.

Seperti yang dapat dilihat dalam sedutan episod akan datang yang dipaparkan minggu lalu, Ezurin kelihatan tersinggung dan kecewa sehingga mahu membatalkan BBQ Party sebelum dia pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur.

Namun, bagaimanakah dua pembantu peribadinya Bell dan Nana berhadapan perkara itu? Kerana sudah tentu mereka telah mengaturkan banyak perkara termasuk mengundang rakan-rakan serta jiran Ezurin di Hulu Langat itu.

Bagi Ezurin, jika dia sedang mempunyai masalah dan kecewa, dia lebih selesa untuk bersendirian.

Adakah Bell dan Nana akan memujuk Ezurin untuk meneruskan BBQ Party itu? Apa yang boleh membuatkan Ezurin kembali ceria?

Semua persoalan akan terjawab malam ini, jangan lupa untuk menyaksikannya!

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Kepada anda yang terlepas menonton mana-mana episod, usah risau, anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaja pada bila-bila masa di aplikasi Astro Go.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.