Hiburan

Alami Masalah Pembelajaran Bukan Penghalang Anak Achey Dapat 6A & 3 Anugerah! - “Ada Budak Tuntut Hadiah Sebab…”

gempak
Mya Amri
08/01/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Alami Masalah Pembelajaran Bukan Penghalang Anak Achey Dapat 6A & 3 Anugerah! - “Ada Budak Tuntut Hadiah Sebab…”
Isteri kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya melahirkan rasa syukur apabila anak mereka, Tiara mendapat keputusan cemerlang penilaian akhir tahun peringkat prasekolah.

Terima tiga anugerah

Hasanah atau lebih mesra disapa Anne berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di ruangan Insta Story miliknya pada Selasa.
Menurut Anne, Tiara juga turut menerima tiga anugerah akhir tahun 2024.

“Tahniah kakak. Dapat tiga anugerah akhir tahun 2024... Mama bangga dengan kakak. Tahun ini tahun usaha lagi okay,” coretnya.

Tunai janji pada anak

Dalam hantaran yang sama, Anne juga memaklumkan sebagai ibu dan bapa, mereka bakal menunaikan janji untuk membawa Tiara melancong sekiranya mendapat markah 100% dalam mana-mana subjek.
Hasilnya, Tiara berjaya mendapat markah tersebut untuk dua subjek peperiksaan.

“Ada budak tuntut hadiah sebab mama ayah janji kalau dapat 100% tak kira subjek apa pun, mama ayah nak bawa jalan-jalan. “Minggu depan kita dah jalan di Makkah dah sayang. Tahniah kakak tiara 6A, 1D (yang ini nanti kena tingkatkan lagi. Macam mana awak ni nak, tercampak pula 1D,” kongsinya.

Terdahulu, pada Ogos 2023, Achey mendedahkan Tiara mengalami masalah pembelajaran dan disebabkan itu dia mengasah kemahirannya dalam bidang perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Achey Pening Anak Nak Jadi Macam DekTa, Netizen Pula Rasa Lucu - “Tiara Ni Lawak Dah Macam Bapa Dia Pula”

ARTIKEL BERKAITAN:Achey Berang Pasangan Pilih Konsep 'Child Free' & Anggap Anak Beban - "Mak, Nenek Moyang Awak Pun Agak Menyesal Bila…”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Ernie Zakri Menangis Nak Beli ‘Candy Tiara’ - “Tolong Beritahu Kalau…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024