Pengacara All Stars Gegar Vaganza, Elly Mazlein memahami ada dalam kalangan penonton yang kurang menggemari gaya pengacaraannya dalam program berkenaan.

Menurut Elly, dia membaca setiap kritikan yang diterima, termasuk daripada individu yang turut berkecimpung dalam industri hiburan.

“Sepatutnya… tak salah beri pendapat. Tapi, jangan baling batu sembunyi tangan. Jangan perli-perli.

“Perkara ini saya lihat sangat tidak matang, seperti budak tadika. Budak tadika sekarang pun dah pandai berterus terang. Jadi, adakah level dia sama seperti budak tadika?

“Jadi, saya harap, kalau dia rasa atau dia tidak puas hati ke apa, pada saya, dia kena hormati rancangan orang,” katanya kepada Gempak.

Selain itu, Elly turut menzahirkan rasa syukur memandangkan gandingannya bersama Nabil Ahmad dan Jiha Muse menjadi pada minggu ini.

“Ramai yang cakap itu ini tentang cara saya mengendalikan GV, tapi ada juga yang memahami, siap cakap berikan peluang.

“Jadi hari ini (semalam) dah nampak kemas dan boleh gel. Tapi apa pun, terima kasih sebab beri pendapat. Kalau tanya saya, saya sentiasa ok,” katanya lagi.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

BACA: GV10: "Sepanjang 'Menggelitat' Atas Stage, Saya Tak Pernah Pegang Lelaki" - Elly Mazlein Tahu Batas Sebagai...​