Pengarah dan penerbit popular, Erma Fatima menjadi perhatian apabila dia memberikan cadangan supaya pelakon Ruhainies dan Sophia Albarakbah tampil membuat laporan polis susulan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan individu asal Singapura, Sarah Yasmine baru-baru ini.

Wawancara

Menerusi satu temu bual yang berlangsung pada Isnin, Erma berkata, sikap Yasmine seolah-olah sudah membuka aib beberapa artis tempatan sekali gus menggesa Sarah supaya berhenti menghancurkan industri hiburan Malaysia.

Namun, gesaan Erma meminta supaya Sarah pulang ke Singapura menerima maklum balas yang pelbagai dalam kalangan netizen. Rata-rata memberikan pendapat yang bertentangan dengan Erma.

Berikut merupakan komen-komen yang dikutip daripada akaun Instagram HibGlam, Kosmo! Online:



Terdahulu, nama Ruhainies makin panas gara-gara pembongkaran tangkap layar perbualannya bersama Aliff Aziz oleh individu bernama Sarah Yasmine.

Susulan daripada itu, Ruhainies bertindak memohon maaf secara terbuka di sebuah program hiburan minggu lalu.

Sumber: Instagram HIBGlam
Sumber foto: NST

ARTIKEL BERKAITAN: “Tunggu Sophia Sendiri Beri Kenyataan” - Pengurusan Sophia Albarakbah

ARTIKEL BERKAITAN: Seniman Mohon Sarah Yasmine Henti Keruhkan Keadaan, Rosakkan Imej Artis Malaysia