Aktres Ruhainies seakan-akan tidak dapat berhenti daripada menerima kecaman netizen tidak kira apa tindakan yang dilakukannya.

Terbaharu, pelakon berusia 32 tahun itu memuat naik hantaran di Instagram Stories menunjukkan dirinya menikmati aiskrim daripada sebuah syarikat jenama coklat terkenal.

Oleh kerana entri tersebut, syarikat berkenaan menerima tempias kritikan oleh netizen dek kerana dianggap bekerjasama dengan pelakon kontroversi itu.

Antara komen yang diterima:






“Wekkk boikot!”

“Ni ke hero Ruhainies?”

“Tolonglah buat kajian sebelum pilih seseorang tu jadi duta. Terima kasih.”

Bagaimanapun, jenama berkenaan menegaskan di ruangan komen bahawa mereka tidak terlibat dengan mana-mana duta tempatan.



Sekadar info, nama Ruhainies dan Aliff Aziz sebelum ini hangat diperkatakan setelah kedua-dua selebriti itu ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu.

Isu rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah kembali menjadi perhatian apabila seorang wanita yang mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff tiba-tiba muncul dan membongkarkan segala skandal yang melibatkan pelantun lagu Sayang-Sayang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sokong Kelakuan Buruk & Kontroversi, Jenama Popular Ini Kaburkan Iklan Ada Wajah Ruhainies?