Pelakon Datin Almy Nadia terkejut dengan perubahan ragam anak sulungnya, Nur Afrina Arianna yang tiba-tiba enggan ke sekolah selepas masuk minggu kedua.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Almy turut berkongsi video anaknya yang menangis kerana tidak mahu ke sekolah.

"Sesi drama air mata. Minggu kedua, kakak buat hal. Minggu pertama kakak, adik steady.

"Yang mama terlebih risaukan si adik, abaikan si kakak sebab ingat kakak besar boleh jaga diri tak nangis bagai, tapi mama salah ya, si kakak lagi teruk perangainya," katanya.

Dalam video itu, kelihatan Almy turut cuba memujuk anak sulungnya itu untuk menghadiri kelas seperti biasa.

"Sekolah sekejap je sayang. Awak kata budak menangis, tapi awak menangis.

"Mama tunggu sampai kakak masuk,nanti mama ambil, balik kita pergi kedai," katanya.

Menurut Almy lagi, biarkan sudah masuk ke dalam kelas, gurunya memaklumkan anaknya turut berterusan menangis.

"Nangis dalam kelas, nangis sebelum pergi sekolah, muntah, moody, di sekolah nangis alasan takut adik hilang.

"Si adik cool, steady. Rapatnya adik-beradik ni mama harap sampai ke akhir hayatlah korang masih bff.

"Tapi mama tak boleh brain kenapa kakak menangis 'nak mama nak mama'," kongsinya.

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)


Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pernah berdepan situasi sama dengan ragam anak-anak sedemikian.

"Sebiji anak saya perangainya. Minggu pertama elok, masuk minggu kedua mula drama air mata, sampai mintakkan 'air' barulah okay," komen salah seorang pengikutnya.

"Kalau ikut pengalaman saya, anak yang tua menangis ada benda dia takut di sekolah macam belajar benda baru cikgu tanya dia tak reti nak jawab," kongsi netizen lain.

Sebelum ini, pada minggu lalu, Almy memaklumkan anak-anaknya meluahkan rasa seronok ke sekolah.

BACA: Anak Seronok Pergi Sekolah, Almy Nadia Bercampur Baur Sekali Sedih -"Mama Bekalkan Nasi Lemak & Air Sirap"