Dua orang anak kepada pelakon Zila Bakarin menjadi perhatian warganet selepas aktres tersebut berkongsi foto mereka di laman sosial Instagram (IG)nya.

Bukan hanya pengikut Zila, tetapi rakan-rakan seperjuangannya di dalam industri seperti Wan Sharmila, Emelda Rosemila dan Salina Saibi turut meninggalkan komen.

Anak-anak Zila iaitu Kaseh dan Chinta masing-masing sudah berusia 12 dan 9 tahun.

“Dah besar anak dara Zila, cantik pula tu,” kata seorang pengikut Zila.

“Cantik dan letup anak-anak sis…Macam ibu dia juga ni,” tulis seorang pengikut lagi.

“Cantiknyaaa kasih dah besar, unik muka dia @zilabakarinofficial,” komen Emilda Rosemila pula.
Selain itu wargamaya turut memuji penampilan Zila yang sopan dan kelihatan cantik serta lebih muda dari usia sebenarnya.

“Anggun..macam OOTD dengan adik-adik..”

“Pakai tudung sauk pun cantikkk!”

“Wow…macam sisters! love sangat!” antara komen positif netizen di ruangan komen Zila.

Zila mula berhijab pada awal November 2018 dan sehingga kini, tidak dapat dinafikan pelakon tersebut nampak selesa dan lebih ayu dalam imej yang menutup aurat.

Imej barunya juga mendapat pujian ramai, rata-ratanya suka melihat Zila sudah mula berhijab dan mendoakan agar dia terus istiqamah.