,
Hiburan

Amelina Harap Bella Astillah Kuat Demi Anak-Anak - “Ingat Orang Luar Tak Selamanya Bersimpati Dengan Kita”

Mya Amri
08/04/2024
05:30 MYT
Penyanyi dangdut, Amelina menitipkan pesanan buat pelakon, Bella Astillah supaya sentiasa reda dan tawakal untuk memperoleh ketenangan dalam kehidupan selepas segala ujian melanda dirinya.
Amelina menitipkan pesanan dan kata-kata semangat itu menerusi hantaran di ruangan Insta Story miliknya.
“Dear Bella, semoga awak terus tabah, segala ketentuan Allah itu besar. Jangan rasa malu mengaku kesilapan lampau.
“Kadang-kadang kesilapan kita menjadi satu pengajaran buat kita untuk terus berdiri kemudian melangkah jesteru jangan di toleh ke belakang.
“Buang! Orang teraniaya Allah sayang, rezeki anak-anak sentiasa ada,” coretnya.

BERITA TRENDING: “Curang Dengan Adik Saya Sendiri” - Bella Astillah Dedah Sudah Dicurangi 11 Kali

BERITA TRENDING: “Dia Kata Allah Bagi Perasaan Itu” - Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Pernah Minta Cerai

Jadikan anak-anak kekuatan

Dalam hantaran yang sama, Amelina juga berharap Bella bangkit dan sentiasa kuat serta tegas dalam membuat apa-apa keputusan demi anak-anak.
“Cuma jadikan nawaitu awak melangkah itu bukan kerana kecewa atau dendam tetapi kerana memperjuangkan nasib diri dan anak-anak.
“Ingat orang luar tak akan selamanya bersimpati dengan kita. Selepas ini awak hanya perlu penuhkan kekuatan semangat awak.
“Jangan biarkan diri awak di tatih tatih oleh orang. Awak kena tegas. Selagi nawaitu kita dilandasan yang benar, kita akan tenang.
“Percayalah… Serahkan diri awak, anak-anak awak ke dalam lindungan Allah. Insya-allah awak akan tenang, setenang kak long (gelaran Amelina) sekarang,” tulisnya.

BERITA TRENDING: "Masih Sayang..." - Aliff Aziz Tak Jadi Ceraikan Bella Astillah!

BERITA TRENDING: Bella Astillah Dah Terlalu Penat! Tak Sangka Aliff Aziz Enggan Cerai - “Ingat Saya Suka Ke Naik Mahkamah…”

Terdahulu, Amelina juga pernah berdepan dengan penceraiaan selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga bersama Reduan Mahamood pada 26 April 1999.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Terkini

Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

gempak
20/11/2024
03:15 MYT
Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.
Hiburan

Kahwin 10 Bulan Cerai, Pinkan Mambo & Suami Rujuk Lepas 30 Hari Berpisah

gempak
18/11/2024
06:50 MYT
Penyanyi sensasi Indonesia, Pinkan Mambo kembali menjadi isteri selepas memegang status janda hanya selama sebulan.
Unitar