Selebriti media sosial Andika Putera akhirnya mendedahkan rumah tangganya dengan Ananda Natasha sudah berakhir dan segala urusan di mahkamah juga selesai.

Syukur & Berterima Kasih

Andika menerusi akaun TikTok miliknya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan tanpa mempersoalkan mengenai pengakhiran perkahwinan mereka.

“Alhamdulillah, settle urusan kami di mahkamah. Syukur sangat walaupun banyak sangat step yang perlu ditempuh, semua urusan dipermudahkan dengan kerjasama yang baik dari pihak Tasha.

“Banyak komen yang Dika terima. Nak cakap lebih masing-masing ada pendapat sendiri. Tapi Dika nak ucapkan terima kasih kepada yang bagi sokongan, tanpa tanya apa-apa, tanpa persoalkan kenapa begini pengakhirannya, tanpa komen yang mendatangkan fitnah dan sebagainya. Terima kasih,” kongsinya.

Akur Untuk Teruskan kehidupan

Pada perkongsian yang sama, Andika juga mengakui biarpun kisah mereka sudah berakhir namun dia tetap perlu akur untuk meneruskan kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak Kisah You Cantik Ke Tak, Kalau Suami Nak Tengok Perempuan Seksi Dia Buat Juga" - Dahlia Rizal


ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."

“Setiap orang ada perjalanan cerita sendiri, cerita Dika dan Tasha habis dekat sini. Sepahit macam mana pun pengakhiran cerita dalam hidup ni, tak ada benda lain yang boleh dibuat melainkan untuk terima dan move on bila kita sedar sesebuah cerita dah sampai ke penghujungnya,” katanya lagi.

Tasha Ibu Yang Terbaik

Dalam pada itu, Andika turut mengucapkan terima kasih kepada Ananda Natasha kerana telah menjadi seorang isteri yang terbaik buatnya selama empat tahun bersama.

“Untuk Ananda Natasha, terima kasih menjadi isteri yang terbaik selama 4 tahun bersama. Terima kasih menjadi ibu yang terbaik untuk puteri kita.

“Semoga Allah SWT memberi segala kebaikkan dekat you. Dan semoga kita dipertemukan dengan pasangan yang mengejar keredhaan Allah SWT. Doakan yang terbaik buat kami,” ujarnya.

Terdahulu, timbul spekulasi mereka sudah bercerai selepas tiada lagi perkongsian video atau foto bersama di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Berdarah Kacukan Cina-Filipina, Bergelar Model Seawal Usia 15 Tahun, Ini Biodata Pelakon Atyka J

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B Beri Nasihat Pentingkan Pelajaran - “Bukan Semua Orang Boleh Jadi Influencer, So Study!”

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Influencer Tunjuk Kemaluan, Bekas Kekasih Pempengaruh ‘Tebuk Quran’ Pilih Untuk Berdiam Diri - “Saya Masih Lagi Menjaga Aib Dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan