gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Marc Syahmie Syukur Sudah Bebas Kanser, Kini Aktif Berlakon Semula
HIBURAN
Dakwa Diugut! Elliza Razak Minta ‘Support’ Bisnes Untuk Selesai Hutang - “Pihak Bertanggungjawab Hilang Tanpa…”
HIBURAN
Cik Epal Sebak, Harap Anak-Anak Dapat Membesar Dengan Baik - “Doakan Han, Yuki & Saya Dapat Teruskan Kehidupan Dengan Tenang”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Anggap Kecantikan Sebenar Datang Dari Dalam, Sofia Jane Kongsi Petua ‘Awet Muda’ - “Keyakinan Tidak Semestinya…”

gempak
Mya Amri
28/04/2025
13:50 MYT
Sponsor Banner
Anggap Kecantikan Sebenar Datang Dari Dalam, Sofia Jane Kongsi Petua ‘Awet Muda’ - “Keyakinan Tidak Semestinya…”
Pelakon hebat, Datin Sofia Jane, 53, berpegang prinsip bahawa kecantikan sebenar datang dari dalaman.

Sisi positif dalam diri

Menurut Sofia, perkara itu termasuklah bagaimana cara seseorang memperlihatkan sisi positif dalam diri selain mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

“Pada saya kecantikan sebenar adalah sesuatu yang kita buat untuk diri sendiri seperti mempunyai keyakinan.

“Keyakinan tidak semestinya datang dari luar, tapi dari dalamannya juga bergantung kepada pemakanan dan gaya hidup.

“Ini termasuk keperibadian sebagai seorang manusia serta bagaimana anda melihat dunia. Itulah yang saya terapkan selama ini,” ujarnya.
Sofia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan Toujours Advanced di Guardian, The Exchange, TRX pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN:Paling Menang! Sofia Jane & Pelakon Filem Mencari Ramlee Buat Serumpun Dance Challenge Curi Tumpuan - “Macam Tak Percaya…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Anda Cakap Saya Cantik, Terima Kasih” - Sofia Jane Utamakan Kesihatan, Dah Lama Tak Ambil Makanan Proses

ARTIKEL BERKAITAN:Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21

ARTIKEL BERKAITAN:Sofia Jane Teruja Bawa Watak Zaiton Dalam Filem ‘Mencari Ramlee’ - “Bila Dapat Skrip, Saya Suka Kerana…”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Gelar Sofia Jane ‘Vampire’, Ini Respon Tuan Badan! - "Saya Rasa Ia Datang Dari ..."

Duta Toujours Advanced White Tomato Drink

Dalam masa yang sama, Sofia juga turut diumumkan sebagai duta suplemen, Toujours Advanced White Tomato Drink yang diusahakan pasangan selebriti terkenal, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.
Mengulas mengenai pemilihannya sebagai duta produk berkenaan, Sofia berkata, ini merupakan kali pertama dia bersetuju untuk berkolaborasi selepas lebih tiga dekad bergelar anak seni.
Kata Sofia, selepas meneliti bahannya dan mencuba selama tiga bulan secara konsisten, dia memutuskan untuk menerima tawaran itu kerana dikatakan memberi kesan positif.

“Ini kali pertama saya menerima tawaran sebegini sepanjang karier. Produk baharu ini menggunakan bahan ‘plant based’ (berasaskan tumbuhan).

“Saya adalah seseorang yang menggunakan produk berasaskan tumbuhan dalam tempoh yang lama.
“Kebanyakan diet saya masih dengan sayur-sayuran dan buah-buahan, jadi saya tertarik dengan produk baharu yang mereka hasilkan ini,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#Duta
#Awet Muda
#Cantik
#Sofia Jane
#Toujours
Must-Watch Video