HIBURAN
"Anugerah Ini Bukan Untuk Saya Tapi ..." - Neelofa Terima Anugerah Wanita Inspirasi Di Voices H.E.R Festival
Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, diberi penghormatan apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Wanita Inspirasi sempena acara The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival.
BERITA TRENDING: "Sebagai Kakak, Saya Sudah Lakukan Bahagian Saya" - Neelofa Mohon Henti Kecam Ameera Khan
Pengiktirafan berprestij ini diberikan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangannya dalam keusahawanan, pemerkasaan wanita, serta peranannya sebagai ikon Muslimah yang memberi inspirasi kepada masyarakat.Neelofa, yang dikenali bukan sahaja sebagai selebriti tetapi juga sebagai tokoh perniagaan berjaya, menerima anugerah ini atas kejayaan luar biasanya dalam fesyen patuh syariah, serta usahanya dalam advokasi keseimbangan antara kejayaan profesional dan nilai keislaman.
Sebagai Pengasas Nunha, Neelofa melihat penghargaan ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi simbol kekuatan dan keazaman wanita dalam dunia hari ini.
"Anugerah ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk semua wanita di luar sana yang berusaha menggapai impian mereka tanpa mengorbankan prinsip dan nilai yang dipegang. Saya berharap kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk berani mengejar cita-cita mereka.
"Kejayaan bukan hanya diukur dari segi pencapaian material, tetapi juga dari segi bagaimana kita memberi impak positif kepada masyarakat dan membawa perubahan yang lebih baik," katanya.
Menurutnya, anugerah ini didedikasikan kepada semua wanita yang berani keluar dari zon selesa, berusaha tanpa mengenal lelah, dan tetap teguh berpegang pada prinsip serta keimanan.
BERITA TRENDING: Neelofa ‘Groceries Shopping’ Dua Troli Buat Kaum Ibu Teruja, Ada Juga Yang Usik Teka Jumlah Bil - “Bestnya Tak Payah Tengok Harga”
BERITA TRENDING: Ibu Titip Doa Agar Neelofa Jadi Pendakwah Tersohor & Bilal Menjadi Hafiz Al-Quran
.jpg)
"Semoga kita semua dapat terus menjadi inspirasi kepada satu sama lain dan membantu membentuk dunia yang lebih baik.
"Terima kasih kepada pihak penganjur atas penghargaan ini dan kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan saya. Moga Allah SWT terus memberkati langkah kita semua," katanya.
Neelofa sebelum ini telah menerima pelbagai anugerah atas kejayaannya dalam keusahawanan, serta pengaruhnya dalam dunia fesyen dan media sosial.
Beliau juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan serta sering berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menggalakkan pemerkasaan wanita dalam perniagaan dan kehidupan.
Penganugerahan ini sekali lagi membuktikan bahawa Neelofa bukan sekadar ikon hiburan, tetapi juga seorang wanita yang memberi impak besar dalam masyarakat, khususnya dalam dunia Islam.
Must-Watch Video