Viral

Apa Hukumnya Pergi Tengok Konsert Tapi Berhenti Solat Sekejap Waktu Maghrib?

gempak
Gempak
15/07/2024
22:00 MYT
Sponsor Banner
Apa Hukumnya Pergi Tengok Konsert Tapi Berhenti Solat Sekejap Waktu Maghrib?
Umum mengetahui penganjuran konsert selalunya berlangsung pada waktu malam. Kebanyakan konsert bermula sekitar 9 malam dan berakhir sebelum jam menunjukkan ke angka 12 pagi.
Ada juga penganjuran konsert bermula lebih awal, iaitu sekitar pukul 6 petang dan berakhir sekitar 8.30 malam.

Konsert

Penganjuran konsert pada waktu petang dilihat bukan sahaja memudahkan penonton untuk penonton pulang lebih awal, malah membolehkan mereka yang hadir untuk mengatur perjalanan pergi dan balik menggunakan pengangkutan awam.
Namun, ada satu hal yang mungkin menyebabkan penonton perlu berhenti seketika daripada menonton konsert, iaitu keluar sebentar untuk solat Maghrib ketika konsert sedang berjalan.
Apakah hukumnya pergi menonton konsert dan berhenti sebentar untuk solat Maghrib? Berikut merupakan penjelasan daripada personaliti radio Zayan, Ustaz Tajdid Hadhari kepada Gempak:

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

ARTIKEL BERKAITAN: Pinjam Duit Anak Tetap Dikira Hutang, Wajib Dilangsaikan

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk Kampung Beratur Minum Air Rendam Kaki Haji, Hajah

ARTIKEL BERKAITAN: Apakah Hukum Bagi Lelaki Yang Menggunakan Produk Penjagaan Wajah?

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

“Kita pergi kepada asas sebagai seorang Islam iaitu solat itu adalah wajib. Bila sebut tentang apa sahaja yang kita lakukan, bukan setakat tengok konsert, main bola, bekerja dan berniaga, mesti jadikan solat menjadi keutamaan.

“Cuma orang tanya, kalau konsert, bukankah bercampur lelaki dan perempuan? Ya betul, sebab itu kita kena guna kecerdikan kita, agar kita tidak terlibat dengan sesuatu yang syubhah - iaitu kita membawa kepada sesuatu yang haram.
“Kemudian, kalau dia jaga solat macam mana? Bagus alhamdulillah, dah lepas dah kewajipan dia. Tapi dalam konsert tu kena cerdik pula. Dia kena jaga tatasusila diri, jaga adab dia.
"Mudah-mudahan yang menyebut itu berniat untuk ingatkan bukan menghentam. Sebab dalam Islam dilarang untuk kita menghentam dan menghukum tetapi mengingatkan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live