Selepas sekian lama menanti, Gossip Girl Indonesia episod lima akhirnya menyaksikan Danny dan Serena ‘berpacaran’ secara rasmi.

Jika sebelum ini ada saja yang menghalang pertemuan istimewa mereka, namun kali ini momen tersebut terlaksana dengan begitu indah.

Pun begitu, suasana ‘dating’ Serena pada awalnya agak kekok apabila Danny memilih untuk makan malam di sebuah restoran mewah.

Ibarat ‘tidak ukur di baju sendiri’, Danny akhirnya tidak memesan sebarang makanan kerana kekurangan duit untuk membayar bil yang terlalu mahal.

Sikap Danny kemudian mencetuskan rasa bersalah dan kurang senang Serena yang akhirnya memilih untuk hanya makan di gerai jalanan.

Paling ‘happy ending’ adalah kedua-dua mereka dilihat semakin intim pada penghujung episod.

Persoalannya, bagaimana pula nasib Blair dan adik kepada Danny iaitu Jenny? Erik pula?

Jadi anda kena tonton episod lima yang ditayangkan di On Demand jika terlepas tonton semalam.

Untuk makluman, Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.