Astro kini kembali dengan acara hiburan paling mendebarkan mantap tahun ini iaitu Astro Showcase 2023.

Dengan mendapat sentuhan di bawah arahan pelakon dan pengarah terkenal, Puan Seri Tiara Jacquelina, Astro Showcase 2023 sudah semestinya tidak akan mengewakan penonton.

Tak percaya? Lihat sahaja barisan artis popular yang bakal memeriahkan lagi Astro Showcase 2023 esok (Khamis).

Antara barisan selebiriti adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Elly Mazlein, Sherry Al-Hadad, Hun Haqeem, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Owen Cheung, Suki Low, Aisha Retno, Emyra Erysha, Sergio Aguero, Joel Chan, Captain of Battleground Malaysia dan juga Didi and Friends.

Istimewanya lagi, Astro Showcase 2023 membawakan selebriti popular dari Thailand iaitu Bright Norraphat Vilaiphandan, hebat kan!

Pameran langsung yang luar biasa ini, diselitkan juga dengan unsur-unsur teater yang akan membawa anda dari persada tempatan ke pentas global.

Jadi anda seharusnya bersedia untuk merasai pengalaman mengagumkan dengan gerakan video memukau, efek pengcahayaan menakjubkan dan kesan bunyi serta muzik yang first class.

Sertai strim secara langsung dan semua tetamu dibenarkan merakam swafoto serta mempamerkan OOTD hebat anda.

Saksikan dan strim secara langsung Astro Showcase 2023 di YouTube Astro Gempak, jam 8 malam esok bersamaan dengan Khamis, 20 Julai 2023.

Acara ini diadakan secara langsung bertempat di Zepp, Kuala Lumpur.