Pada yang baru menonton filem Keluarga Iskandar The Movie, pastinya agak hairan dengan konsep selingan ala ‘interview’ yang ditampilkan.

Untuk makluman itu merupakan konsep yang menjadi kekuatan drama Keluarga Iskandar sejak musim pertama lagi.

Konsep berkenaan sebenarnya dikenali sebagai 'mockumentary' .

Menerusi tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata penonton selesa dengan konsep berkenaan kerana dikatakan lebih segar dan moden.

“Mula-mula aku rasa cam cannot go cerita ada interview gitu tapi lama-lama jadi macamsuka sebab lain dari drama melayu yang lain.

“Dia punya plot tu memang macam daily life punya problem n situation hidup bekeluarga,” kata seorang pengguna Twitter.

“Jarang betul aku tengok konsep interview macam ni, menarik!,” kata seorang lagi pengguna Twitter.

“Modern Family adalah Kelurga Iskandar,” kata seorang lagi penonton.

Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.