Semua anak-anak yang dilahirkan ada keistimewaan masing-masing. Ada yang awalnya sudah pandai berjalan, dan ada juga yang sudah boleh bercakap diusia muda.

Setiap kali kita membesarkan anak-anak, pasti ada cara kita 'menakut-nakutkan' mereka agar tidak nakal.

Sebahagian daripada kita menggunakan ayat 'nanti polis tangkap', ada yang 'mengugut' tidak mahu membeli mainan dan ada yang memanggil nama orang yang mereka 'geruni'.

Arif Jiwa Asyraf yang bakal menghampiri usia dua tahun akhir Mac ini juga tidak terkecuali. Menjadi selebriti kecil pastinya dia sering mendapat perhatian.

Ha yang part last tu, kantoi oleh Ibu, tak boleh dah nak try ??

A post shared by Arif Jiwa Asyraf (@arifjiwaasyraf) on


Sebuah video yang dimuat naik ke Instagram kepunyaannya sendiri menunjukkan Arif 'kantoi' dalam percubaan untuk bermain dengan jam tangan ayahnya.

"Ha yang part last tu, kantoi oleh ibu, tak boleh dah nak try," tertulis sebagai caption.

Video comel tersebut memaparkan Arif cuba bermain dengan jam tangan kepunyaan ayahnya, tapi dihalang oleh ibunya, Tya.

Kredit Gambar: Instagram