Penyanyi Liza Hanim mendedahkan yang dia serta suami, Shahrin pernah menasihati arwah Bad Indigo untuk mendapatkan rawatan bagi masalah jantungnya.

Menurut Liza, sungguhpun sudah dipujuk, namun Bad tetap dengan pendiriannya itu.

Berita Trending:
Ashira Terkejut, Masih Menggigil Dengar Berita Bad Indigo Meninggal Dunia


“Kita ada nasihatkan dia untuk pergi dapatkan rawatan dan buat pembedahan Sten, namun dia tidak mahu. Pada waktu itu, dia bekerja dengan syarikat saya serta suami dan dia ada KWSP.

“Namun, dia tidak mahu berbuat demikian. Katanya, duit yang disimpan itu adalah untuk kegunaan anak-anak,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Liza berkata, dia pernah melihat arwah diserang sakit jantung, iaitu ketika berada di tempat kerja.

“Kali pertama kami lihat dia kena serangan jantung adalah pada waktu dia sedang bekerja di syarikat kami. Ketika masih sihat dan badannya masih berisi.

“Dan sejak itu, kami sentiasa ingatkan dia supaya jaga makan dan jangan lupa ambil ubat,” katanya.

Menurut Liza, menerima perkhabaran yang Bad sudah tiada merupakan satu perkara yang sangat mengejutkan.

“Saya dapat tahu semalam, dan saya sangat terkejut. Jadi, saya tolong hebahkan tentang pemergian arwah di media sosial,” katanya lagi.

Allahyarham Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah dilaporkan meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang kira-kira jam 7 malam.

Berita Trending:
Dugaan Baru Kahwin.. Ada Jangkitan Gangrene, Jari Kaki Bad Indigo Terpaksa Dibuang


Berita pemergian arwah pada awalnya dikongsikan penyanyi Liza menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Jenazah telah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14, Petaling Jaya dan dikebumikan pada pukul 2.55 petang tadi.

Sekadar info, Bad yang pernah menyertai Gegar Vaganza 7 merupakan seorang bapa tunggal sejak 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan, 14, dan Rania, 13.

Berita Trending:
Bad Indigo & Ashira Umum Bercerai, Rahsiakan Punca Perpisahan