Pelakon Wak Doyok sangat mementingkan penampilan diri apabila baju banduan yang dipakainya turut diubahsuai mengikut bentuk badan ketika menjayakan sebuah filem.

Menerusi sekeping gambar yang dikongsi di laman Twitternya, Wak Doyok berdiri bersama Hairul Azreen dan Johan ketika dalam penggambaran filem ‘Abang Long Fadil 3’.

Menjelaskan pertanyaan netizen sama ada adakah dia mengubahsuai baju tersebut, “Yup alter sendiri”, jawab Wak Doyok menerusi laman Twitternya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Wak Doyok yang sentiasa kemas walaupun dalam adegan dalam penjara.

Namun, tidak kurang juga yang tidak bersetuju dengan tindakan Wak yang kelihatan kemas. Menurut mereka, Wak harus berpenampilan kusut seperti Johan untuk menjiwai watak banduan di dalam penjara.

Filem ‘Abang Long Fadil 3’ sedang menjalani penggambarannya merupakan filem ketiga dalam franchise filem ‘Abang Long Fadil’.

Filem terbitan Skop Productions ini diarahka oleh Syafiq Yusof dan dibintangi Zizan Razak, Datuk AC Mizal, Wak Doyok, Hairul Azreen, Johan, Maya Karin, Elizabeth Tan Shuib Sepahtu dan ramai lagi.