Bintang Gegar Vaganza (GV7) Cliff Umar tidak percaya mendapat panggilan video daripada penyanyi rock negara, Amy Search.

Cliff berkongsi momen manis itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.

Menurut Cliff, dia sendiri tidak menyangka mendapat panggilan dan sokongan daripada idolanya.

“Saya masih tak percaya, raja rock, seorang lagenda, idola saya abang Amy bersama isterinya, kak Norish telah membuat panggilan video secara peribadi dengan saya.

“Terima kasih abang Amy untuk segala nasihat yang diberikan dan menjadikan ini momen terbaik dalam sejarah hidup saya,” tulisnya.

A post shared by @cliffumarpistol


Malam ini, Cliff bakal membawakan lagu Rozana nyanyian asal Amy Search.

Amy selain memberi kata semangat kepada Cliff turut mengucapkan Good Luck buat dirinya mempersembahkan hit dari album Langit Dan Bumi yang dipasarkan pada tahun 1986 itu.

BACA: Kurang Sihat, Rozita Izlyn Tersingkir Di Minggu Keenam GV7!

BACA: Corat-Coret GV7: Tatu Cliff Umar, Tudung Pendek Uyaina & Air Mata Yantzen...

BACA: GV7: Rozita Izlyn Badi Nyanyi Lagu Sendiri? Ini Recap & Komen Juri Minggu Keenam!

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap dan seorang juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.