Filem Bikers Kental 2 arahan sutradara Helmi Yusof bakal menemui penonton pada 14 Mac ini di pawagam seluruh Malaysia.

Pastinya sudah ramai tidak sabar untuk menantikan kesinambungan filem Bikers Kental yang meraih kutipan box-office pada tahun 2013 ini.

Gempak senaraikan tiga sebab mengapa anda harus menonton Bikers Kental 2 di pawagam berdekatan.

1. Jalan Cerita Yang Baik

Filem sekuel ini memaparkan sambungan dari kisah anak muda bernama Bidin Al-Zaifa yang dilakonkan oleh Zizan. Dia kini sudah mempunyai sebuah perniagaan sendiri dalam menyediakan perkhidmatan air brush dan sticker motor secara kecil-kecilan.

Rentetan kisah cinta Bidin dengan gadis Thailand bernama Cherry Porntit (Meau Julallangtip) melalui hubungan jarak jauh, kali ini Bidin bertekad untuk memperisterikan Cherry yang masih lagi menetap di Hatyai.

Kali ini Bidin akan Hatyai demi cintanya terhadap Cherry secara solo. Bagaimanapun, Bidin kini sudah mempunyai musuh di Thailand yang telah dipenjarakan selepas ditangkap.

Samseng yang ganas, Albuqueq (Amerul Affendi) dan abang kandung kepada Cherry yang merupakan jaguh Muay Thai, Ananda (lakonan Pont Cranium) menyimpan dendam terhadap Bidin.

Apa yang bakal terjadi kepada Bidin? Berjayakah dia melamar kekasihnya?


2. Semangat Brotherhood!

Pastinya semangat ‘brotherhood’ anda membuak selepas menonton filem ini. Ia mengangkat tema persahabatan dan apa yang paling penting, ia disampaikan dengan cemerlang oleh Zizan, Datuk Awie, Datuk Afdlin Shauki dan ramai lagi.

3. Keindahan negara jiran!

Selain Kuala Lumpur, filem Bikers Kental 2 menjalani penggambaran di Thailand. Keindahan negara jiran akan terpampang indah sepanjang filem dan ia akan menggamit memori anda untuk bercuti ke sana, bestnya!


Saksikan pengakhiran ceritanya dalam Bikers Kental 2 pada 14 Mac ini di pawagam berhampiran!