gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dituduh Tak Ambil Tahu Isteri Bersalin, Shuk Sahar Tampil Pertahankan Diri - “Kalau Nak Tahu Aku Jenis Bapa Macam Mana…”
HIBURAN
Tak Mahu Mati Di Lokasi Penggambaran, Michael Douglas Henti Berlakon Sejak 2022
BERITA
2 Rakyat Malaysia Ditahan Sembunyi Dalam But Kenderaan Untuk Keluar Dari Singapura
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Bapa Pijak, Pukul Anak Usia 22 Bulan Ugut Isteri Lari Rumah Pulang

Gempak
Gempak
08/07/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Bapa Pijak, Pukul Anak Usia 22 Bulan Ugut Isteri Lari Rumah Pulang
Seorang bapa tergamak memijak dan memukul anaknya berusia 22 bulan untuk mengugut isterinya yang lari dari rumah kembali ke pangkuannya.
Menerusi sebuah video tular di sosial media, dilihat DH, 26, mengangkat dan membalikkan tubuh anaknya dengan kasar, bahkan memijak serta memukul bayi tersebut.
Tindakan kejam itu dirakam dan dihantar kepada isterinya.
Ketua Polis Purwakarta, AKBP Lilik Ardiansyah berkata, suspek berada dalam keadaan sedar semasa melakukan kekerasan tersebut dan tiada kesan pengaruh alkohol atau dadah ditemui.
“Suspek berdepan kemungkinan dipenjara selama 10 tahun. Walaupun begitu, Lilik memaklumkan bahawa keadaan psikologi suspek akan terus diperiksa lebih lanjut.
“Suspek telah kami tahan. Proses dokumentasi sedang dipercepatkan agar dapat segera diserahkan kepada pihak pendakwa raya,” katanya pada Isnin.
Beliau turut memaklumkan bahawa keadaan anak mangsa, yang dikenali dengan inisial U kini semakin pulih setelah dirawat di hospital tersebut.
Lilik menjelaskan mangsa menerima rawatan intensif selepas mengalami pelbagai kecederaan akibat penderaan, termasuk kesan cucuhan rokok di kaki dan paha.
Menurutnya, bukan sahaja anaknya, ibu mangsa yang dikenali dengan IY turut menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan kini juga mulai pulih dari segi fizikal.
Namun begitu, Lilik menambah, kedua-dua mangsa masih mengalami trauma psikologi yang memerlukan bimbingan dan pemantauan lanjut.
“Pihak Polis Purwakarta bersama Jabatan Kebajikan dan Jabatan Kesihatan akan terus memberikan sokongan psikologi kepada kedua-dua mangsa sehingga mereka benar-benar pulih,” katanya.
Tindakan kejam DH sempat dirakam dan disebarkan sendiri oleh pelaku dipercayai sebagai bentuk intimidasi terhadap isterinya yang memilih untuk meninggalkan rumah kerana tidak tahan dengan layanan kasar suaminya.
Ujar Lilik, DH disabitkan di bawah Pasal 44 Ayat 1 dan 2 Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga serta Pasal 80 Undang-Undang Perlindungan Anak, dengan hukuman penjara selama 10 tahun.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Anak
#Pukul
#Bapa
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement