Penyedia penjagaan audiologi terkemuka, Audiolab Hearing Care Centre telah bekerjasama dengan rantaian kopi berasaskan teknologi #1 di Malaysia, ZUS Coffee untuk menyokong individu yang mengalami masalah pendengaran.

Pengarah Urusan Audiolab Hearing Care Centre, Mohd Nor Che Ta berkata, sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahunan mereka, pihaknya telah menyumbang dua pasang alat bantu pendengaran ‘superpower’ kepada barista ZUS Coffee yang menghadapi masalah pendengaran yang teruk hingga sangat teruk.

Kedua-dua penerima, Izzad Arif dari Selayang, Selangor, dan Muhammad Alif Hazman dari Kota Masai, Johor, kedua-duanya mengalami masalah pendengaran sejak lahir.

"Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan ZUS Coffee untuk menyediakan alat bantu pendengaran yang mampu mengubah hidup Izzad dan Alif.

"Misi kami adalah untuk meningkatkan kualiti hidup bagi individu yang mengalami masalah pendengaran, dan inisiatif seperti ini membolehkan kami memberi impak yang bermakna dalam kehidupan mereka," katanya.

A post shared by ZUS COFFEE® (@zus.coffee)


Venon Tian, Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, meluahkan rasa keterujaannya tentang kerjasama ini.

"Di ZUS Coffee, kami percaya pada keterangkuman dan kebolehcapaian semua individu. Melalui kerjasama bersama Audiolab, kami dapat memastikan barista kami yang mengalami masalah pendengaran mempunyai alat yang mereka perlukan untuk terus berjaya dalam peranan mereka dan menyediakan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan kami," katanya.

Tambah Mohd Nor, kerjasama ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Audiolab dalam menyokong komuniti yang mengalami masalah pendengaran.

Alat bantu pendengaran yang dibekalkan oleh Audiolab akan membolehkan Izzad dan Muhammad melayani pelanggan dengan lebih baik terutama pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

"Kami bersyukur atas peluang untuk bekerjasama dengan ZUS Coffee, sebuah syarikat yang berkongsi nilai keterangkuman dan pemerkasaan sama seperti kami.

"Bersama-sama, kami memberi kesan positif kepada kehidupan individu yang mengalami masalah pendengaran, membolehkan mereka mengambil bahagian sepenuhnya dalam tenaga kerja dan masyarakat," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut tentang Audiolab Hearing Care Centre dan perkhidmatan yang disediakan, boleh hubungi nombor bebas tol kami di 1-800-22-0202 atau e-mel kami di [email protected].