Menyelami kepayahan hidup masyarakat sekeliling menjentik hati pelakon Putra Amaris untuk berkongsi rezeki bagi meringankan beban buat mereka yang memerlukan.

Bagi Amaris, dia percaya setiap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT itu bukan hanya usaha diri sendiri, sebaliknya ia juga berkat orang ramai yang banyak memberi sokongan dalam perniagaan serta kerjaya seni.

Justeru mengambil iktibar dari banyak kisah masyarakat, sejak tahun 2020 Amaris mula menggerakkan program 'Share Rezeki' yang juga secara tidak langsung menjadi ibadah infaq sempena menyambut keberkatan bulan Ramadan.

"Kita banyak mendengar kisah orang hidup susah menerusi laporan media atau yang tular di media sosial. Dari situ saya mula terfikir untuk lakukan sesuatu agar rezeki yang dimiliki ini juga dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang.

"Sekurang-kurangnya sedikit pemberian ini juga dapat memberi senyuman buat mereka yang memerlukan. Bahkan mereka juga sama-sama dapat merasa nikmat Ramadan seperti kita yang berkemampuan.

"Tahun ini saya teruskan lagi program Share Rezeki yang pernah dilakukan empat tahun dahulu," katanya.

BERITA TRENDING: Barang Dekorasi Rumah Serendah RM1, Dapat Khidmat Interior Designer, Banyak Lagi Menarik Di Rumah Artis!

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Amaris bersama pasukan pengurusan, Rarekyn Malaysia sudah mula mengenal pasti golongan yang memerlukan termasuk rumah-rumah kebajikan sebagai penerima sumbangan.

Malah dia juga turut bekerjasama dengan syarikat-syarikat ternama untuk sama-sama berkongsi menghulurkan bantuan bagi menggerakkan misi ini.

BERITA TRENDING: Rajin Buat Kerja-Kerja Amal, Putra Amaris Sudah Jutawan? - "Lillahitaala, Niat Saya Nak ..."

Bukan itu sahaja, dia turut mengajak rakan-rakan artis yang mahu melakukan amal kebajikan.

"Menariknya tahun ini saya turut mendapat kerjasama beberapa syarikat bumiputera. Bukan itu sahaja, saya juga membuka peluang kepada rakan artis sekiranya mereka mahu melakukan kebajikan sempena Ramadan.

"Saya percaya ramai golongan yang berkemampuan mahu menghulurkan bantuan namun tidak dapat berbuat demikian atas beberapa faktor kekangan. Jadi program Share Rezeki ini boleh menjadi orang tengah untuk mereka," jelasnya.

PILIHAN PEMBACA: Masih Perlu Sumbangan Wang Tunai, Program Infaq Ramadan Dapur Pasak Amaris Santuni Asnaf, Anak Yatim &…

Pelancaran Share Rezeki tahun ini diadakan pada 8 Mac 2024 bertempat di MyEvent Production Studio, Shah Alam dan ia juga disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial Rarekynd Malaysia.

Program yang digerakkan oleh Rarekynd Malaysia ini, turut mendapat kerjasama pihak lain termasuk adalah Minyak Bidara Paklong Man (penaja utama), Adabi, Hardamawt dan Westplate Factory.

Tambah Amaris, kejayaan sebelum ini juga telah mendorong dia untuk menjadikan program sebegini sebagai acara tahunan atau mungkin boleh dilaksanakan sepanjang tahun.

PILIHAN PEMBACA: "Sampai-Sampai Ada Satu Lori Barangan Untuk Asnaf" - Terharu, Putra Amaris Terus Hulur Bantuan…

Istimewa juga dalam program tahun ini Amaris turut bekerjasama dengan penyampai radio, Tyzo Xander menerusi Pertubuhan Kasih TYZO.

"Siapa tahu program ini akan dijalan sepanjang tahun dan tidak hanya tertumpu kepada bulan Ramadan sahaja.

"Rezeki dapat bekerjasama dengan Tyzo. Memang hasrat dalam hati nak bekerjasama dan dengan izin Allah ia dipermudahkan. Kami berhubung dan dia juga mahu melakukan program sama.

"Bermula daripada sekadar borak kosong, kemudian pertemuan di kedai kopi akhirnya kami setuju untuk sama-sama menggerakkan progam ini," ujarnya.

BERITA TRENDING: “Bila Allah Tarik Nama Saya, Kita Tidak Tahu Bila Nak Mati” - Putra Amaris Tersentak Selepas Mengalami…

Berkongsi lanjut, menurut Amaris setiap perancangan yang dilakukan pasti akan ada cabaran.

Dalam masa sama dia juga berdepan dugaan terbesar kehilangan ibu tercinta iaitu Allahyarham Hajah Hasnah Sahli yang meninggal dunia pada 18 Februari lalu.

Namun setiap dugaan dan kisah sedih yang dilalui tidak pernah mematahkan semnagat Amaris untuk meneruskan program kali ini.

"Cabaran datang bersilih ganti. Saya juga baru kehilangan ibu baru-baru ini. Bagaimanapun saya tidak mahu kesedihan yang dilalui menjadi penghalang untuk melaksanakan program ini.

"Semoga dengan rezeki yang dikongsi ini juga dapat memberi pahala buat arwah ibu dan ayah. Doa-doa mereka ini semua akan menjadi bekalan buat kita semua juga," jelasnya.