HIBURAN
“Bayar RM1 Atau Tiada Bayaran Pun Saya Tak Kisah”- Joe Flizzow Sentiasa Bersedia, Tak Tolak Kerjasama Dengan Malique
Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow tidak menolak peluang untuk kembali bekerjasama dengan Malique susulan timbul desas-desus mengatakan bekas anggota Too Phat itu bakal membuat kemunculan semula.
Terpulang kepada Malique
Bagaimanapun kata Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 46, bagaimanapun menyerahkan perkara itu kepada Malique."Kalau saya yang kena bayar pun saya akan buat (kolaborasi bersama)," katanya."Insya-Allah kita doakan, jika Malique mendengar apa saya katakan ini, ia terpulang kepada kamu bro. Keputusan di tangan kamu. Saya sentiasa bersedia. "Saya terbuka berkolaborasi bersamanya, bayar RM1 pun saya akan lakukan malah kalau tiada bayaran juga saya tak kisah.
Joe berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim kerjasama Universal Music yang diadakan di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya pada Rabu.
Banyak terima tawaran
Tambah Joe lagi, sebelum ini dia juga banyak menerima tawaran persembahan bersama Malique namun akur belum tiba waktu yang tepat untuk mereka kembali bersatu."Lebih-lebih lagi sejak dia membuka akaun Instagram, semakin banyak penganjur menawarkan tawaran persembahan untuk Too Phat," ujarnya."Saya dapat banyak tawaran persembahan bersama Malique. Kalau saya nak cakap jumlah tawaran diberikan, rasanya tinggi nilainya. "Saya selalu cakap wang bukan segala-segalanya. Mungkin ada pihak penganjur menganggap bayaran tinggi boleh mempengaruhi keputusan saya untuk membuat persembahan dengan dia.
Kemunculan Malique ditunggu ramai
Ditanya soal kemunculan semula Malique dalam industri seni, Joe memberitahu dia enggan mengulas lanjut berhubung hal demikian kerana tidak mahu membuat sebarang andaian.Kata Joe, sekiranya benar Malique mahu kembali aktif, kemunculan penyanyi rap berkenaan memang dinantikan semua peminat muzik hip-hop.
"Buat masa ini kami masih belum berhubung lagi. Saya pun tidak mahu bercerita lebih sangat kerana tidak mahu membuat sebarang andaian," katanya."Saya rasa itu satu perkara istimewa untuk dunia hip hop kerana kita rindukan kehadirannya dan suaranya. "Memang kita dah lama nantikan dan raikan dia buat kemunculan semula. Dia pun sudah keluar dengan beberapa buah lagu dengan artis baru sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN:Kemunculan Akaun IG Malique Undang Tanda Tanya Netizen
ARTIKEL BERKAITAN:Inilah Inca Medina, Anak Gadis Malique Yang Muncul Dalam Muzik Video Sedih Hati!
ARTIKEL BERKAITAN:“Makan Nasi Lemak Pun Kena Ambil Gambar, Hantar Pada Coach" - Joe Flizzow Jaga Kesihatan Demi Kebaikan Diri
ARTIKEL BERKAITAN:Joe Flizzow Jadikan Amy Search Sebagai 'Guru’ Bila Di Atas Pentas - “Saya Sebenarnya Sangat Mengagumi…”
ARTIKEL BERKAITAN:Habis Sini, Naim Daniel & Joe Flizzow Nasihat Manusia Yang Suka Sebar Aib Orang!
Terdahulu, pada Februari lalu, Malique atau Cairel Edrin Ibrahim, 48, mengejutkan peminat apabila muncul dengan akaun Instagram rasminya iaitu Malique Ibrahim Qarma.
Sejak itu muncul pelbagai andaian berhubung kemunculan Malique di Instagram.
Untuk rekod, Joe dan Malique menubuhkan kumpulan Too Phat pada 1998 dan menjadi antara kumpulan hip hop yang mencipta fenomena pada ketika itu.
Namun pada 2007, kedua-dua mereka memilih untuk meneruskan dengan kerjaya solo sebelum Malique menghilangkan diri.
Must-Watch Video