Viral
Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono Buat Persembahan Di Pestapora 2024
Festival muzik Pestapora akan kembali dengan edisi untuk tahun 2024. Pihak penganjur pun mengeluarkan barisan nama artis yang akan membuat persembahan pada Pestapora 2024.
BERITA TRENDING: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy Dinobat Person of the Year 2022
BERITA TRENDING: Diundi Jadi Presiden Amerika Syarikat, The Rock Hanya Mahu Gelaran Daddy
Ada ramai penyanyi terkenal yang akan membuat persembahan. Mereka antaranya Tulus, Sal Priadi, King Nassar, Coklat, Ebiet G Ade dan Boomerang.
Namun di sebalik nama pemuzik-pemuzik terkenal yang akan beraksi pada 20 hingga 22 September 2024 nanti, ada satu nama yang menjadi bualan hangat peminat.
Pada poster yang disiarkan, tertera nama Susilo Bambang Yudhoyono atau lebih dikenali sebagai SBY.
Satu-satunya figura yang dikenali dengan nama Susilo Bambang Yudhoyono atau SBY adalah mantan Presiden Indonesia.
Dan persoalan yang bermain di fikiran peminat ternyata benar. SBY adalah sosok yang akan beraksi di Pestapora 2024.
Menerusi laporan Insertlive, ramai yang terkejut melihat SBY akan tampil sebagai pemuzik dan penyanyi kerana hanya tahu pekerjaan beliau sebagai mantan presiden.
Ironi, SBY memang sangat dekat dengan dunia seni. Beliau malah sempat merakam dan memasarkan tiga album sewaktu menjadi Presiden RI untuk dua penggal iaitu dari tahun 2004 sehingga 2014.
SBY pernah memasarkan album dengan 10 lagu yang bertema cinta dan religi berjudul Rinduku Padamu. Lagu-lagu dalam album ini dibawakan oleh penyanyi-penyanyi papan atas Indonesia.
Album kedua SBY adalah Evolusi yang dirakam bersama Yockie Suryoprayogo pada 2009. Selanjutnya, pada 2010 SBY memasarkan album ketiga berjudul Ku Yakin Sampai Di Sana.
BERITA TRENDING: Wanita Baling Selipar Ke Arah Presiden Indonesia, Jokowi
BERITA TRENDING: Presiden Filipina Disifatkan Hina Rakyat, Guna Helikopter Kerajaan Elak Jalan Sesak Demi Tonton Coldplay
Must-Watch Video