Pengacara My Doktor, Dr. Say Shazril akui kedua-dua ibu dan bapanya mempertikaikan pilihannya untuk menceburi bidang lakonan.
Kata Say, selain tanggapan orang ramai terhadap bidang berbeza, dia risau sekiranya kerjaya sebagai pelakon tidak sesuai baginya yang berkelulusan perubatan.
"Salah satu sebab saya tolak tawaran berlakon selain kerisauan bini adalah saya memikirkan tanggapan orang terhadap saya.
"Iyalah 'belajar tinggi-tinggi tuptap end up berlakon. Apo cito?'. Sekurang-kurangnya itu apa yang ibu dan bapa saya bisingkan bila saya cerita hasrat saya nak berlakon.
"Tapi bila fikir balik 'why not?' dan 'what’s wrong with doktor berlakon?'," kongsinya menerusi entri di Instagram.
Tambah Say, dia bersyukur dipertemukan dengan pelakon dan produksi yang membantunya mengasah bakat lakonan pertama kali.
Malah, Say akui bidang lakonan drama lebih sempoi berbanding iklan.
"Yang membezakan drama dengan iklan adalah drama sangat 'chill'. Nak olah skrip ikut keselesaan sendiri boleh janji point itu ada. Kalau iklan kena ikut 100 peratus skripnya," ujarnya.
Say turut mendapat nasihat dan bimbingan daripada Nabila Razali, Mona Allen dan Fahrin Ahmad yang turut menceburi bidang lakonan daripada latar belakang pendidikan berbeza.
"Saya faham dilema dan konflik asas menjadi pelakon, dulu keluarga saya lagi risau dan garu kepala, apatah lagi mereka guru dan pensyarah.
"Saya belajar undang-undang tapi tak praktis.
"Bercakap mengenai situasi terkini, takkan habis selagi memikirkan tanggapan orang terhadap kita. Rezeki datang dalam pelbagai cara.
"Definisi bahagia dan berjaya pun berbeza dalam diri setiap manusia. Yang pasti dalam hidup saya belajar apa yang penting adalah antara kita dan Tuhan.
"Sikap paling asas dalam diri kita ialah ikhlas dan niat, insan-insan tersayang dalam hidup dan jangan pernah berhenti meneroka potensi diri," nasihat Fahrin.
Amri Hassan
Thu Aug 20 2020
Pasangan Tular Nikah Petang Ini, Keluarga Taja Baju Pengantin & Solekan - "Saya Rasa Nervous, Gembira & Sedih"
Sepasang kekasih yang tular Mohd Azlan Ishak dan Nor Hidayu Halim bakal diijabkabulkan sebagai suami isteri pada petang Selasa.
2 Pegawai Polis Didakwa Terima RM1.25 Juta Tutup Kes Pembelian Senjata Warga Israel
Dua pegawai kanan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa berhubung kes rasuah RM1.25 juta dua bulan lalu.
King Coco Akhirnya Tunjuk Wajah Suami, Sudah Setahun Lebih Berkahwin? - "Insya-Allah Ini Perkahwinan Terakhir"
Pempengaruh media sosial, King Coco akhirnya mendedahkan status terkininya yang kembali bergelar isteri.
Dr Say Risau Bila Ada Yang Tak Mahu Belajar - “Janganlah Sebab Beberapa Influencer Tayang Hidup Mewah Buatkan Adik-Adik Nak Jadi YouTuber”
Doktor selebriti dan pencipta kandungan, Dr Say Shazril meluahkan rasa gusar apabila ada dalam kalangan remaja yang merasakan pendidikan itu tidak penting.
Anak Rahim Sepahtu Syukur SPM 8A, Termenung Tengok Result - “Masa Trial, Matematik Siap Ada E”
Anak Rahim Sepahtu Syukur SPM 8A, Termenung Tengok Result - “Masa Trial, Matematik Siap Ada E”
Anak kepada penyampai radio SINAR, Rahim Sepahtu iaitu Zarith Sofea Zalmi, 18, mendedahkan keputusan sewaktu peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 sebelum sebelum ini sebenarnya kurang memuaskan.
Kenderaan Pernah Terbakar Tiba-Tiba, Erysha Emyra Trauma Nak Drive Kereta?
Nicki Minaj Kena Tahan Disyaki Bawa Dadah, Minta Maaf Tunda Persembahan
Penyanyi dan rapper Nicki Minaj menyampaikan permohonan maaf kepada peminat di Manchester kerana terpaksa menunda persembahan yang dijadual berlangsung di United Kingdom selepas ditahan pihak berkuasa Belanda.
Bangun 4 Pagi Ulangkaji Rahsia Pelajar Orang Asli Dapat 9A SPM! - "Percubaan Saya Cuma Dapat 3A"
Berkat pengorbanan bangun seawal 4 pagi untuk mengulang kaji ternyata membuahkan hasil buat seorang pelajar Orang Asli dari Kampung Sungai Segenting, Chenderiang, Tapah, Perak memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.
[VIDEO] Kereta Pernah Terbakar, Erysha Emyra Akui Trauma Nak Memandu - "Memikirkan Nak Pergi Kerja, Jadi Terpaksalah Guna ..."
Pernah terpalit dengan insiden mencemaskan di mana kenderaan jenis Mini Cooper yang dipandu terbakar secara tiba-tiba, pelakon, Erysha Emyra tidak menafikan detik hitam itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dirinya.