Penyampai radio dan pelawak Issey menidakkan dakwaan akan berkahwin tidak lama lagi.

Jelas Issey dia mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan namun calon isterinya belum bersedia.

"Saya belum ingin berkahwin lagi namun kalau ada saya akan kongsikan kepada umum.

"Sedang mengenali itu ada cuma masih dalam gambaran. Sebenarnya ramai wanita yang kata dia memahami saya tapi sebaliknya berlaku selepas itu.

"Insya-Allah jadi plan tahun hadapan untuk saya menamatkan zaman bujang. Dengan faktor umur yang makin berumur memang perlu dipercepatkan.

"Kalau boleh esok juga saya nak kahwin tapi calon belum beri kata putus lagi. Oleh sebab itu, tidak ada persiapan yang sedang dibuat oleh saya buat masa sekarang," katanya kepada Gempak.

Tambah pemilik nama Fazlisham Mat Hussin berkata dia menginginkan calon isteri yang bukan daripada kalangan orang industri seni.

"Dah lama saya hidup menduda. Ditanya wanita macam mana yang diinginkan saya semestinya seorang wanita yang faham dengan kerjaya saya.

"Namun, biar la wanita tersebut bukan daripada kalangan industri seni," ujarnya lagi.

Terdahulu, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 sebelum bercerai pada 21 Ogos 2016. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.