Penyanyi rap yang juga anggota kumpulan K-Clique MK mencuri tumpuan wargamaya apabila menayang boxer ketika sedang bercuti di sebuah resort tepi pantai.

Menerusi laman sosial Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, berkongsi video percutian tersebut untuk tatapan umum.

“2021, semoga semuanya diberkati dan dalam lindunganNya. 2021, I could show you how to vibe, but i can’t be ya man,” tulis MK sebagai kapsyen.

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)


Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu, menunjukkan MK menayang bahagian atas boxer yang dipakai sebelum menarik seluarnya ketika keluar di kawasan beranda hotel.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, video tersebut mengundang pelbagai reaksi wargamaya.

Ramai yang turut memuji badan MK yang kelihatan berotot.

“Strong body, strong mind, strong spirit, nobody can stop you,” komen seorang wargamaya.

“Jantung gua lemah woi,” kata seorang wargamaya.

“Sabahan paling berjaya, aura luar biasa, standard international,” puji seorang wargamaya.

“Omg MK berombak-ombak hati tengok kau,” usik seorang wargamaya.

“Wow, sixpack berketul-ketul,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir setengah juta tontonan daripada pengikutnya.