Laman Utama

“Betina Ni Nak Derma Guna Duit Haram ...” – Alahai, Bagi Sumbangan Pun Baby Shima Kena Kecam

gempak
Fiza Kamarudin
26/12/2021
05:40 MYT
Sponsor Banner
“Betina Ni Nak Derma Guna Duit Haram ...” – Alahai, Bagi Sumbangan Pun Baby Shima Kena Kecam
Baru-baru ini penyanyi Baby Shima mengambil inisiatif menjual baju terpakai miliknya di aplikasi TikTok untuk membantu peminat yang terjejas akibat bencana banjir.
Bagaimanapun niat murni Baby Shima itu dicemari dengan komen-komen negatif daripada warganet.
Shima ketika dihubungi Gempak akui apa sahaja yang dilakukan, serba tidak kena di mata warganet.
“Ramai mengambil kerja tuhan…Apabila saya menari dikecam dimaki, bila saya ingin menolong mangsa banjir pun di kecam teruk, dimaki dan dihina.
“Manusia ni bila kita tunjuk kita bantu orang, dituduh riyak. Malah dihina lagi hanya kerana kekurangan diri kita. Bila kita bantu senyap-senyap kata tak turun padang.
“Janganlah menilai apa yang diderma disebabkan kesalahannya atau disebabkan penampilannya, kita manusia biasa tak ada hak pun nak menilai orang tu baik ke tidak.
“Jangan cari kesalahan orang lain, kesalahan kita sendiri pun banyak cuma kita kadang tak sedar,” katanya positif.
Antara komen yang diterima Baby Shima termasuk yang menggelarkan ‘betina’ dan menggunakan hasil wang haram untuk memberikan sumbangan.
Terdahulu, Shima menyatakan idea untuk mengumpul dana menggunakan platform media sosial TikTok timbul, selepas melihat ada dalam kalangan peminatnya yang menjadi mangsa bencana alam tersebut.
Dana terkumpul hasil daripada jualan baju akan didermakan kepada mangsa banjir terutamanya peminat di Shah Alam dan Klang.
Tambah Shima, dia menggunakan platform live di TikTok menjual koleksi baju kesayangannya kerana masih belum berkesempatan untuk turun ke lokasi bencana, memandangkan masih berada di kampung halamannya di Johor.
Dalam pada itu Baby Shima bersyukur kerana berjaya mengumpul dana berjumlah ribuan ringgit hasil jualan tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024