Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menerusi sesi live di Instagram (IG)nya, mengakui tidak tahu mengenai isu kononnya dia menghantar pembantu peribadi untuk membuat bidaan di kediaman Nur Sajat.

Menerusi sesi live malam semalam (Rabu), Aliff yang kini berada di Turkey sedang melakukan promosi produk terbarunya ketika dihujani pertanyaan mengenai perkara tersebut.

“Saya tak faham soalan korang. Saya dan keluarga di luar negara sekarang. Saya tak tahu apa-apa,” katanya.

Ketika sesi tersebut berlangsung, dia turut ditemani pembantu peribadinya Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol, yang didakwa ghaib selepas berjaya membida aset Sajat berjumlah RM132,000.

Dalam pada itu, Aliff Syukri memohon agar netizen tidak bercakap perkara bukan-bukan kerana dia mahu berniaga.

“Saya tengah berniaga ni, korang tak payahlah cakap benda bukan-bukan…Cakap benda yang best-best je lah,” katanya.

Sebelum ini nama pembantu peribadi Aliff Syukri tiba-tiba dikaitkan netizen sebagai individu yang menghilangkan diri selepas membida aset Sajat.

Disebabkan itu, proses pembidaan terpaksa diadakan semula pada Isnin hadapan.