BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Tiada Istilah ‘Downgrade’ Diri, Allan Anderson Tak Kisah Masuk Pertandingan - “Saya Tak Rasa Diri Terkenal Pun…”
Bintang Big Stage Alpha, Allan Anderson akui tidak malu untuk menyertai pertandingan nyanyian walaupun dirinya sudah bertapak dalam dunia seni sebelum ini.
Tiada istilah downgrade, upgrade
Menurut Allen, dia tidak merasakan dengan menyertai pertandingan akan merendahkan tahapnya sebagai seorang penyanyi sebaliknya bintang dari Indonesia ini mengambil perkara itu secara positif.“Pada saya tidak ada istilah ‘downgrade’, ‘upgrade’, dan mereka semua yang berada di sini sangat hebat.
“Cuma sedikit bezanya mungkin saya tulis lagu, buat lagu untuk artis ini, produse itu ini tapi kalau nak cakap ‘downgrade’ itu tidaklah,” jelasnya kepada Gempak.“Kerana menurut saya, semua orang memiliki kesempatan yang sama, semua orang berhak untuk berusaha dan semua orang yang di bawah berhak untuk naik “Bahkan saya sendiri tak rasa saya ini sudah terkenal, saya ini sama sahaja. Kita belajar sama-sama.
Saksikan temu bual penuh Gempak bersama Allan di atas
Untuk info, kesemua bintang Big Stage Alpha akan dijuri oleh Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini.Manakala dua personaliti berkarisma, Elly Mazlein dan bintang Indonesia, Rina Nose pula kembali menggalas tanggungjawab sebagai hos.
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Bakal Jadi The Next Kru? Edry Komen - “Kita Pun Sudah…”
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Syafeek Ikhwan Tak Anggap Usia Satu Halangan, Selesa Bergaul Dengan Gen Z - “Tak Ada Apa Yang Perlu Dimalukan…”
ARTIKEL BERKAITAN:#GempakVideoNews : Kak Lina Love Semua Bintang Big Stage Alpha 2025, Siap Beri Nasihat!
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Diberi Sentuhan Boy Group, Ini Senarai Lengkap 18 Peserta Berentap Tahun Ini!
Big Stage Alpha akan mula bersiaran pada 27 April 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria
(Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Must-Watch Video