Seorang pelajar tingkatan lima dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia akibat keracunan makanan, pada Isnin.

Bihun goreng dan telur goreng

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Arrifin Mohamad Nasir berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia dua hari selepas dipercayai selepas menjamah bihun dan telur goreng tercemar itu.

Menurutnya, dalam kejadian pertama pada Sabtu lalu, yang melibatkan pelajar berusia 17 tahun, mangsa dikatakan makan makanan yang dibawa pulang oleh ibunya selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin, Gombak, di sini.

Berita Trending: Raisa Pernah Kerja Kedai Runcit, Gaji Pertama Buat Beli Telur & Minyak Masak

“Selepas makan, mangsa dan ibu bapanya mengalami cirit-birit.

“Dua hari kemudian, kira-kira pukul 1.30 petang, bapa mangsa menyedari anak lelakinya itu tidak sedarkan diri dan bertindak menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada Selasa.

Berita Trending: Remaja Maut Dipercayai Keracunan Makanan Lepas Makan Telur Mata

Noor Arrifin memberitahu, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan dilakukan penolong pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kedua melibatkan seorang bayi perempuan, beliau memberitahu, mangsa juga telah makan makanan lebihan yang dibawa ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah sama.

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

“Dua hari kemudian, ibu mangsa mendapati kanak-kanak itu mengalami deman selain muntah dan cirit-birit. Dia kemudian membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

“Kanak-kanak itu bagaimanapun meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan,” ujarnya.

Mayat kedua-dua mangsa katanya dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

Berdasarkan siasatan awal, beliau memberitahu, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Difahamkan makanan itu disediakan pihak luar yang ditempah oleh penganjur program berkenaan.

Berita Trending: Polis Sahkan Dua Maut Keracunan Makanan Disediakan Program Sekolah

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ketua Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad di talian 014-2389151 atau pegawai penyiasat, Inspektor Khalpna Rajandhiran (012-5018901) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Awani