,
Terkini

Bil TNB Wanita Ini Lebih Mahal Daripada Ansuran Rumah Gara-Gara Pasang Aircond 24 Jam!

Gempak
19/04/2024
04:55 MYT
Cuaca panas melampau yang melanda Malaysia sejak beberapa bulan lalu telah memberikan pelbagai impak kepada orang ramai.
Selain minum air secukupnya, kebanyakan daripada kita turut bergantung sepenuhnya kepada pendingin hawa, sebagai alat untuk melawan bahang pada siang dan juga malam.

Bil bulanan

Namun, tentu sekali, penggunaan pendingin hawa yang berpanjangan menyebabkan perubahan yang ketara pada bil elektrik.
Menerusi perkongsian seorang individu di Facebook mendedahkan, dia terpaksa menanggung bil elektrik sehingga RM2,000 selepas menggunakan pendingin hawa hampir 24 jam sehari.
“Cuaca panas sangat, aircond almost 24 jam. Bil TNB mahai dari installment rumah. Memang jatuh wajib tukar pakai solar dah. Moga kita terus kuat berjuang.
“Ini bil semasa tambah tunggakan. Bil sebulan (semasa) RM2,000. Jadi RM5,000 tu sekali tunggakan tau bukan sebulan RM5,000,” tulisnya.

Solar

Sebagai alternatif, wanita itu memberitahu yang dia kini sedang dalam proses untuk beralih kepada penggunaan tenaga solar sebagai menggantikan tenaga elektrik konvensional.
“Mujur sudah deal solar. Dah setel register dengan SEDA. Tunggu nak bayar habis dan nak pasang. Moga bil TNB RM1 sahaja lepas ni.
“Terima kasih semua yang bagi cadangan macam-macam. Saya sangat-sangat hargai. Tak mengapa saya tak meroyan pun. Saya tetap akan bayar berapa bil pun, saya akan kerja kuat.
“(Pada) Yang suruh set aircond suhu 24 hingga 26 tu terima kasih, tapi saya tak akan buat. Saya akan tetap set 16 sebab saya nak maksimum sejuk,” tulisnya.
Sumber foto: Alliance Climate Control Sumber: Facebook

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca Panas Melampau, Doa Penduduk Kampung Pesagi Minta Hujan Dimakbulkan

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Strok Haba, Seorang Dirawat Di ICU

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Berita

Pengumpul Imej Lucah Kanak-Kanak Terlepas Hukuman Penjara

gempak
18/09/2024
22:38 MYT
Huw Edwards, 63, dihukum penjara enam bulan yang digantung selama dua tahun yang bermaksud dia tidak akan menjalani hukuman tersebut selagi tidak melakukan kesalahan sama sepanjang tempoh tersebut.
Viral

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

gempak
18/09/2024
21:55 MYT
Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.