HIBURAN
“Bila Dah Jadi Ibu, Orang Sentuh Fasal Anak Saya Pasti Akan Teremosi” - Syasya Rizal
Penyanyi, Syasya Rizal akui sensitif berkenaan dengan hal yang melibatkan anak lelakinya iaitu Muhammad Yassir Hayyan.
Terguris jika hal melibatkan anak
Menurut Syasya, dia berasa terguris hati apabila ada netizen yang masih mempertikaikan status anaknya sehingga memberikan komen negatif.Situasi itu menyebabkan Syasya bertindak membala komen netizen tersebut.
Bagaimanapun, kata Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, menyesal apabila terlalu cepat memberikan respons terhadap komen berkaitan status permata hatinya itu.
"Suami pun cakap tidak perlu balas, tutup sahaja sebelah mata. Saya yang cepat melatah," katanya."Bila dah jadi ibu, orang sentuh fasal anak pasti saya akan teremosi. Kalau sentuh saya, okey sahaja. "Kalau anak, rasa macam kenapa nak cakap fasal anak saya tetapi salah saya juga sebab balas komen tersebut.
Syasya berjaya demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim kerjasama Universal Music yang diadakan di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya pada Rabu.
Tetap lindungi anak
Dalam pada itu, Syasya menegaskan dia tetap akan melindungi anaknya dan enggan memikirkan pandangan orang luar memandangkan hanya keluarga terdekat yang tahu kisah sebenar."Memang saya ada rasa nak melindungi anak, biasalah anak sendiri mesti sayang. Tetapi saya bukan nak 'over protective' (terlalu melindungi). Tidaklah, saya nak dia meneroka dunia," jelasnya."Faham semua orang ada pendapat masing-masing. Cara mereka mentafsir apa-apa cerita pasti berlainan. "Cukuplah sekadar orang sekeliling sahaja tahu cerita sebenar, itu sudah memadai. Bukan semua orang luar sana kenal Norsyasya Afiqah.
Terdahulu, seorang individu tampil mendakwa Syasya hamil selepas meninggalkan Dolla sehingga terpaksa mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah Mohd. Sapie pada April tahun lalu.
Tidak berdiam diri, Syasya terus berharap fitnah tersebut dibalas di akhirat nanti.
ARTIKEL BERKAITAN:Hampir Setahun Berhijab, Syasya Rizal Kongsi Perjalanan Hijrah - “Ia Sangat Mencabar Dan Menguji Kesabaran”
ARTIKEL BERKAITAN:Dolla Tumpang Gembira Syasya Rizal Sambut Anak Pertama, Tunggu Masa Sesuai Nak Lawat - “Kalau Dia Mahu…”
ARTIKEL BERKAITAN:Alami Pendarahan Di Usia Kandungan 30 Minggu, Syasya Rizal Hampir Lahirkan Bayi Pra Matang - “Kalau Dia Keluar, Mungkin Tak Boleh Survive…”
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Sedih, Berharap Mereka Datang Majlis Kahwin Saya..." - Syasya Rizal
ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Saya Tak Ada Masa, Suami Tolong Gosokkan” - Syasya Rizal Dah Lama Niat Nak Bertudung, Kehidupan Makin Tenang
Sebelum ini, Syasya mengejut ramai peminat apabila mengambil keputusan meninggalkan Dolla atas sebab peribadi pada April tahun lalu.
Kemudian dia mengumumkan sah bergelar isteri kepada Nasrullah pada 20 April tahun lalu.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember 2023 yang diberikan nama Muhammad Yassir Hayyan.
Must-Watch Video