Penyanyi Billie Eilish membuat pengakuan dirinya mengalami gangguan trauma setiap kali mengenangkan kandungan pornografi yang berleluasa kerana pernah memiliki pengalaman buruk.

Menurut Eilish, dirinya telah terdedah secara paksa terhadap pornografi seawal usia 11 tahun dan hal itu membuatnya trauma sehingga ke hari ini.

Dia membuat pengakuan tersebut sewaktu menjadi tetamu di SiriusXM. Kata Eilish, sehingga kini dia berasa kehidupannya telah dihancurkan dengan konten lucah yang didedahkan kepadanya.

Oleh yang demikian dia sukar mengatakan tidak kepada perkara yang dirasakannya ‘seronok’ sewaktu awal melakukan hubungan seks.

“Perkara itu terjadi kerana saya rasa saya perlu menarik pada pasangan,” akuinya seperti dipetik dari BBCNews.

Topik mengenai pornografi menjadi perbincangan apabila mereka merujuk kepada salah satu lagu yang dimuatkan dalam albumnya, Happier Than Ever iaitu Male Fantasy.

Menurut Eilish, pornografi adalah sebuah konten yang menjahanamkan dan sebuah penderaan. Dia juga mengkritik pornografi sebagai sebuah penderaan buat tubuh dan pengalaman seorang wanita.

“Dulu saya sangka adalah okay untuk menontonnya. Ia bukan satu masalah dan tidak buruk. Saya tidak faham mengenai salah dan kesan menontonnya.

"Namun ternyata ia memberikan mimpi ngeri dan merosakkan otak saya,” katanya yang mengaku dimarahi ibu setelah mengetahui perbuatannnya menonton pornografi.

Eilish yang akan mencecah usia 20 tahun banyak menghabiskan masanya dalam dunia glamor setelah pertama kali mencuri perhatian peminat muzik dunia dengan karya dan imejnya yang sentiasa ‘menutup’ tubuh dengan memakai pakaian besar dan longgar.

Kredit Foto: BBCNews / Getty Images