,
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

Ainun
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, THE BOYZ ke Malaysia buat kali pertama.
Konsert "THE BOYZ WORLD TOUR: ZENERATION II” bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 7 September 2024, jam 3 petang.
THE BOYZ dianggotai seramai 11 ahli terdiri daripada Sangyeon, Jacob, Younghoon, Hyunjae, Juyeon, Kevin, New, Q, Ju Haknyeon, Sunwoo, dan Eric akan menggembirakan hati para peminat mereka yang dikenali sebagai The Bs.

Memenangi banyak anugerah berprestij

Selain itu, mereka juga telah memperoleh pelbagai anugerah dan berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai salah satu kumpulan K-Pop yang terkemuka dalam industri muzik. Antara anugerah yang pernah mereka menang adalah Asia Artist Awards (AAA), Golden Disc Awards, Seoul Music Awards, The Fact Music Awards, dan Melon Music Awards.

Konsert Jelajah

THE BOYZ telah memulakan konsert jelajah mereka bermula di Seoul, Korea Selatan dan diteruskan ke beberapa bandar di benua Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara.

BERITA TRENDING: Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

BERITA TRENDING: 2NE1 Bakal Comeback, YG Entertainment Kongsi Perancangan Konsert Jelajah Dunia Sepanjang 2024 & 2025

BERITA TRENDING: Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

BERITA TRENDING: Netizen Desak Jatuhkan ‘Hukum' Buat Jennie Blackpink Kerana Hisap Vape

Antara ibu kota yang terpilih adalah New York, Los Angeles, Bangkok, Macau, Osaka, Paris, London dan lebih banyak bandar akan diumumkan kemudian.

Pembelian Tiket

Bagi peminat yang ingin merasai pengalaman konsert "THE BOYZ WORLD TOUR: ZENERATION II IN KUALA LUMPUR", tiket akan mula dijual pada 30 Julai, jam 12 tengah hari di my.bookmyshow.com. Tiket bermula dengan harga RM 238. Kepada peminat yang ingin membeli pakej Zon A akan berpeluang untuk menyertai acara hi-touch bersama THE BOYZ. Pembelian tiket terawal dialu-alukan kerana acara ini dijangka mendapat permintaan tertinggi.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini konsert, sila layari www.starplanet.com.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Tumpaskan Lawan Dalam Tempoh 3 Minit, Jojo Ghazali Bawa Pulang Bonus ASD50,000

gempak
07/09/2024
02:05 MYT
Bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila menumbang Josue Cruz di pusingan pertama saingan One FC 168 di Denver, Kanada.
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Hiburan

2NE1 Akan Singgah Manila Dan Jakarta Untuk Konsert, Malaysia Pula Bila?

gempak
06/09/2024
12:25 MYT
Kumpulan yang terkenal dengan lagu I Am The Best itu telah mengumumkan dua lokasi pertama bagi jelajah mereka pada Jumaat.
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Hiburan

"Macam Mana Boleh Kata Datuk Siti Tak Ada Job" - Anak Tiri Siti Nurhaliza Tampil Bersuara

gempak
05/09/2024
06:55 MYT
Sudah lumrah dalam kehidupan buat la kebaikan macam mana pun pasti ada yang tidak suka.