Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet merancang untuk menganjurkan sukan rakyat bagi mengeratkan hubungan antara komuniti dan penduduk dikawasannya.

Bulan Ogos

Altimet yang dahulu merupakan penyanyi rap berkata, pada asalnya dia mahu menganjurkan sukan tersebut lebih awal.

Namun, memandangkan jarak antara Tahun Baharu Cina dan bulan Syawal sangat dekat, dia memilih untuk menganjak perancangannya ke bulan Ogos kelak.

“Selepas raya ni saya nak buat sukan rakyat. Kita tak sempat buat (cepat) sebab Tahun Baharu Cina dengan raya dekat sangat. Jadi ada yang cadangkan supaya sukan rakyat ini dianjurkan pada bulan Ogos.

“Hal ini kerana, ia dekat dengan tarikh hari kemerdekaan dan juga hari kebangsaan. Jadi, kita akan ada masa yang agak lama untuk merancang,” katanya kepada Gempak.

Bukan kompetitif

Melanjutkan bicara, Altimet menambah, sukan rakyat tersebut bukanlah pertandingan yang bersifat kompetitif.

“Saya nak buat sukan yang fun. Cari gula-gula dalam tepung, tarik upih. Sukan ini bukanlah benda yang kompetitif sampai orang nak menang.

“Kita hanya nak orang senyum, gelak dan saling kenal mengenali antara satu sama lain daripada taman taman berbeza. Dan ia mungkin akan dijadikan acara tahunan,” katanya lagi.

Ditanya mengenai bidang muzik, Altimet berkata, dia masih terlibat dalam dunia hiburan, tetapi hanya di belakang tabir sahaja.

“Saya ada terlibat dengan dunia hiburan tetapi bukanlah menulis lagu. Tetapi lebih kepada hal-hal berkaitan polisi dan harta intelek,” tutup Altimet.

Sumber foto: The Vibes dan Kzuhairi

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Artis Kedua Bergelar YB & Mahu Semarakkan Program Agama, Siapa Yang Berhormat Altimet?

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Menang Beberapa Hari, Altimet Dah Terima Pelbagai Aduan Daripada Rakyat