Jumlah kes COVID-19 harian di negara ini dilaporkan meningkat sedikit kepada 11,332 berbanding semalam.

Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitter rasminya, daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 2,358 direkodkan di Sarawak.

Rekod tersebut menjadikan Sarawak dengan jumlah tertinggi diikuti dengan Johor, 1,319 kes, Selangor, 1,231 kes, dan Kelantan 1,088 kes.

Bagaimanapun Labuan semalam tidak merekodkan sebarang kes namun hari ini sebanyak tiga kes baharu dilaporkan.

Selain itu, lapan buah negeri yang merekodkan kes sebanyak tiga angka adalah Sabah (965 kes), Pulau Pinang (895 kes), Kedah (819 kes), Perak (678 kes), Pahang (677 kes), Terengganu (629 kes), Melaka (303 kes) dan Kuala Lumpur (240 kes).
Semalam, netizen meluahkan rasa bersyukur melihat angka jangkitan baharu COVID-19 hari ini mencatatkan penurunan kes.

Sebanyak 10,959 kes dicatatkan menjadikan jumlah itu adalah yang terendah sejak Julai lalu.

Kredit foto: Azrul Rafie