Kes COVID-19 di Malaysia hari ini terus menyaksikan peningkatan apabila sebanyak 1208 kes dicatatkan.

Jumlah tersebut sedikit meningkat jika dibandingkan dengan kes semalam 1114.

Menerusi kenyataan dikeluarkan menerusi Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes positif keseluruhan hingga hari ini adalah 47,417.

Menurutnya, kes tertinggi dicatatkan adalah di Sabah iaitu sebanyak 566 kes.

“Negeri Sembilan (171 kes), Selangor (154 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (66 kes), Sarawak (17 kes), Pulau Pinang (14 kes), Perak (10 kes), Kedah (6 kes), Melaka (5 kes), Johor (2 kes) dan Terengganu (2 kes),” katanya.

Menurutnya, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 381 kes (31.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini.

Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 661 kes (54.7 peratus) positif.

“Kluster yang melaporkan kes yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 460 kes.

“Selain itu dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan COVID-19.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 309 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Pada masa sama, Noor Hisham memberitahu, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 1,013 kes.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 34,785 kes(73.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.