Malaysia hari ni mencatatkan jumlah pesakit sembuh lebih tinggi iaitu 1,345 individu berbanding kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 972.

Menerusi sidang media harian sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa jumlah kes sembuh keseluruhan dicatatkan adalah sebanyak 29,579 kes.

“Kes baharu pula sebanyak 972 kes dicatatkan. Selain Sabah (370), kes tertinggi juga di Negeri Sembilan (260), Selangor (138) dan Labuan (63).

“Jumlah kematian hari ini pula sebanyak lapan kes. Enam kluster baharu dan satu kluster tamat.

"Kes baharu semalam (852) dan hari ini (972) adalah di bawah unjuran dengan kadar nilai R naught di bawah 1.0," katanya.

Tambah Noor Hisham, orang ramai dinasihatkan supaya terus mengikuti nasihat serta prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan KKM.

“Kementerian akan terus menantau kes jangkitan dari dalam negara dan luar negara.

“Kementerian juga akan pastikan langkah pencegahan dilakukan dengan cara terbaik,” katanya.

Anda boleh lihat pecahan kes di bawah: