Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia menyaksikan sedikit penurunan berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 1,327 kes dicatatkan hari ini berbanding 1,671 kes sebelumnya.

Jelasnya kes keseluruhan dicatatkan sehingga kini adalah 333,040 dan Selangor masih menjadi negeri tertinggi.

“Pecahan setiap negeri,Selangor 356 kes, Sabah (50) Johor (141), WP KL (115), Negeri Sembilan (22) Pulau Pinang (205).

“Sarawak (276), Perak (55), Kedah (30)

Melaka (10), Kelantan (30), Pahang (11), Terengganu (18), WP Labuan (0), WP Putrajaya (3), Perlis (5),” katanya.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!