Laman Utama
“Cukup-Cukup La Salahkan Saya!” - Sophia Albarakbah Nafi Jadi ‘Penyondol’ Rumah Tangga Pasangan Selebriti Terkenal
Nama pelakon cantik Sophia Albarakbah menjadi perbualan hangat di laman sosial disebabkan netizen mendakwa aktres itu dikaitkan dengan rumah tangga pasangan selebriti terkenal.
Mahu membersihkan namanya, Sophia tampil menegaskan dia tidak mempunyai kaitkan dengan mana-mana masalah rumah tangga selebriti dan menafikan dirinya ‘penyondol’ yang dimaksudkan.
“Biasanya saya tidak akan melatah di media sosial, tapi ada sesuatu yang saya perlu jelaskan. Jadi, kepada semua yang mention dan kaitkan saya dengan hal rumah tangga pasangan selebriti terkenal, tolonglah, bukan saya yang dimaksudkan.
“Cukup-cukup la salahkan saya,” jelas Sophia.
Dalam pada itu, Sophia turut menegaskan dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan mana-mana khabar angin yang tidak benar.
“Saya tidak mahu lagi mendengar sebarang khabar angin melibatkan diri saya, kerana ia jelas bukan saya! Terima kasih,” kata Sophia lagi.
Terdahulu, pelakon dan usahawan, Fazura mendakwa ada seorang aktres wanita yang cuba untuk menyondol suaminya, Fattah Amin ketika sedang hamil anak pertama, Nur Fatima Aisya.
Netizen mula memetik nama Sophia Albarakbah disebabkan aktres itu pernah terkait dengan kontroversi rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Sudah Memaafkan, Tetapi Untuk Melupakan…” - Bella Astillah
Must-Watch Video